Showing posts with label bolasepak. Show all posts
Showing posts with label bolasepak. Show all posts

XBoys FC Vs Lougan Myden FC  

Posted by xboys17 in

Salam boys...untuk follow up update dari yang di post kan arah facebook Xboys FC, info disini bagi yang belum lagi berdaftar dengan facebook boleh mengetahui sebarang aktiviti xboys bagi pengambilan ke 17 khususnya termasuklah jadual perlawanan bolasepak.

"Perlawanan bolasepak Xboys FC bagi edisi bulan April 2010. Sepak mula akan dimulakan pada jam 4 petang. Diharap pemain Xboys boleh hadir sekurang-kurangnya jam 3.30 petang bagi sesi pemanas badan dan sebarang persiapan sebelum memulakan permainan.
Collection adalah sebanyak $3 (bagi bayaran padang dan pengadil) dan insyallah akan dikurangkan pada hari perlawanan jika kehadiran menggalakkan."


Perlawanan: XBoys FC Vs LM FC
Pada: Ahad, 11 April 2010
Jam: 4:00 pm - 6:00pm
Tempat: Balapan dan Padang, Berakas


Diharap xboys yang berkelapangan pada hari itu akan dapat menghadirkan diri ke venue perlawanan. Jangan lupa siapkan diri untuk beraksi. Jumpa disana :)
Read more!

Cabaran Band TLDB  

Posted by xboys17 in

Assalamualaikum kepada semua warga xboys, terlebih dahulu diucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan dan Mauludir Rasul. Post kali ani adalah bagi memaklumkan perlawanan bolasepak seterusnya. Insyallah perlawanan akan berlangsung tanpa ada halangan pada hari Sabtu, 6hb Mac 2010.

Perlawanan kali ini ialah menentang pasukan Pencaragam(Band) Tentera Laut Diraja Brunei dimana perlawanan akan berlangsung dipadang bola Tentera Laut Diraja Brunei (baru kali ah). Sepak mula dijadualkan bermula jam 8.15 malam. Diharap warga xboys dapat menghadirkan diri...inda kira pemainkah, jurugambarkah, penyokongkah, junior/seniorkah, bakal penaja kah(ani yang dicari ni) asalkan kerabat xboys. Bagi pemain diharap dapat hadir lebih awal bagi sesi pemanas badan. Pemain juga diharap dapat menyediakan $1 bagi pembayaran pengadil perlawanan yang dipilih.

Semoga pasukan Xboys FC akan terus berkekalan.

p/s: sebelum ini ada proposal untuk menyertai Piala FA DST Group Brunei, dimana pendaftaran adalah $150 tetapi tidak kesampaian kerana syarat barisan pemain mestilah bukan berkhidmat dengan ABDB. Untuk masa yang akan datang, jika ada warga xboys yang telahpun bersara mungkin akan dapat bersatu bagi kejohanan tahun hadapan. :)
Read more!

xboys FC 3-2 Crewman Tentera Udara Diraja Brunei  

Posted by xboys17 in ,

MEMBUKA tirai perlawanan bolasepak bagi tahun 2010-nya, xboys FC tampil dengan persembahan yang cukup baik apabila mempamerkan aksi lebih mantap. Menurunkan 9 pemain pada beberapa minit awal perlawanan di langsungkan (kes pemain terkandas dengan road-traffic kali, sebab atu akhir datang), xboys FC tetap mampu mempersembahkan corak permainan yang lebih unik…kira unik lah tu ah, pihak lawan heran xboys FC hampir menguasai sepenuhnya gelanggang.

Dahaga kan beraksi di padang, xboys FC berjaya mendahului perlawanan menerusi rembatan cantik Syahman Gapor pada minit ke 10. Walaubagaimanapun pihak lawan, TUDB Crewman berjaya mengimbangi kegembiraan dengan gol penyamaan beberapa minit kemudian. Sekali lagi pada minit ke 25, xboys FC kembali mengemudi permainan untuk kedudukan 2-1 hasil sentuhan bergaya Bahrin-xboys15 sebelum bola menerjah gawang Crewman TUDB.

Pada babak kedua perlawanan menampilkan penguasaan permainan lebih baik xboys FC dengan beberapa pemain gantian yang tidak kurang juga berbisa, walaubagaimanapun Crewman TUDB berjaya menyamakan kedudukan kepada 2-2. Kehausan xboys FC untuk beraksi di lapangan bolasepak akhirnya lebih manis apabila salah seorang lagi pemain muda xboys, Jaiho menjaringkan gol kemenangan dua minit babak kedua. Dari 3 gol yang dicetak, xboys FC juga mencatatkan beberapa percubaan dan gerakan mencemaskan termasuklah sejumlah pergelutan dalam petak penalti dan dihadapan gawang lawan, namun gagal merebut peluang untuk menambahkan lagi jumlah jaringan. Perlawanan berkesudahan xboys FC 3, Crewman TUDB 2. Perlawanan ini juga merupakan kemenangan yang ketiga buat xboys FC menentang Crewman TUDB..(requested re-match).

Tahniah kepada xboys yang hadir dan perlawanan seterusnya ialah pada bulan mac, insyallah tertakluk kepada keadaan kerana padang perlawanan payah belurih…

Note: Gambar-gambar perlawanan boleh di lihat melalui FB jurugambar professional xboys FC...all photo credited to ndai - xboys20, bobbeh, cheeko and the gang.

p/s: xboys FC jua inda galatz kalau ada pasukan-pasukan yang beliur kan mencabar :) …sediakan saja padang!!
Read more!

Xboys FC Vs Krewman TUDB  

Posted by xboys17 in

Salam boys…sekali lagi insyallah pasukan Xboys FC dijadualkan akan membuka tirai sukan kegemaran ramai bolasepak bagi tahun 2010. Lapangan perlawanan sudah tersedia iaitu pada hari selasa 2 Febuari 2010, jam 4:30 petang di Padang Kebajikan, Berakas.

Bagi warga Xboys FC diharap memberikan kerjasama sepenuhnya untuk hadir lebih awal bagi memaksimakan pengunaan padang. Sama jua para photographer yang terus ingin untuk memberikan khidmat…hehe. Jangan lupa bawa collection $3 bagi pemain, sponsorship dari photographer bleh jua, kurang jua collection sampai 50 sen seorang hehehe.

Siapa-siapa yang ada tentera di rumah atu jangan lupa bawa untuk bersukan, anak-anak atu bawa tia bemain bula,

jogging kah disana…meriah jua usulnya. Mana tau panuh grandstand atu, photographer pun iski tu mengambar kalau ada penyokong….lagipun membakar jua semangat main bula dan mengagar lawan tani.

Lawan Xboys FC nanti ialah Krew-man Tentera Udara Diraja Brunei (I think requested rematch kali ni) seperti yang di maklumkan Xboys FC manager, Amizul.

Anything komen saja sini or arah chatbos ani.... :)
Read more!

KDN 1-7 xBoys FC  

Posted by xboys17 in , , ,

Minggu ketiga dengan perlawanan bolasepak ketiga selepas rehat hari raya aidilfitri (biasa tu ah rehatnya telampau panjang), pasukan xBoys FC kembali dengan aksi bolasepaknya. Dalam perlawanan petang tadi, xBoys FC pulang dengan kemenangan bergaya 7-1 keatas pasukan KDN. Berbekalkan semangat kental dari satu kemenangan dan sekali seri sebelum ini, penampilan pasukan xBoys FC kali ini nyata lebih bertenaga. Kemunculan barisan pemain juga semakin menggalakkan dengan kemunculan beberapa muka baru, tapi ada jua yang udah lama inda beraksi. "Gigitan ku meliat arah FB atu, meriah bah", katanya. Walaupun padang becak, namun tidak melemahkan semangat kedua pasukan melakukan beberapa serangan dan percubaan

menarik, serta tampil untuk mencetak beberapa gol. Antara senarai penjaring xBoys FC ialah camung, hj norbahrin-hat-trick kali, aming dan adri (ani semuanya 15th xboys)....yang lain inda ingat lagi siapa. Perlawanan petang tadi berlangsung di padang Kg Anggrek Desa, Berakas. Insyallah dalam masa terdekat, ataupun minggu hadapan, perlawanan sengit akan menanti dengan pasukan yang lebih hebat lagi...tahniah xBoys FC. Updated info here
Read more!

AH United 0-1 MS ABDB  

Posted by xboys17 in

Mohd Sardillah ukir nama sebagai wira pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei apabila penjadi penjaring tunggal perlawanan penentuan menentang AH United FC. Satu-satunya gol perlawanan kedua peringkat separuh akhir hadir pada minit ke 17 sekaligus memberikan laluan MS ABDB untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Piala liga DST Group Brunei 2009. Perlawanan akhir Piala Liga akan berlangsung pada 14 November 2009 dan bakal menyaksikan pertembungan hebat antara QAF FC dengan MS ABDB. Perlawanan dijadualkan bermula jam 8.15 malam dan bertempat di Padang Jabatan Belia & Sukan, Berakas.

And the rest of your post here
Read more!

Piala Liga DST Group  

Posted by xboys17 in

Pasukan yang boleh di katakan sebagai underdog-AM Gunners FC gagal menempah tiket ke perlawanan peringkat akhir apabila kecundang di perlawanan separuh akhir kejohanan Piala Liga DST Group pertama semalam.

Lawannya, QAF FC merupakan satu pasukan yang cukup berpengalaman mudah menguasai kesebelasan utama AM Gunners FC untuk melakar kemenangan 5-0. Perlawanan peringkat separuh akhir pertama itu berlangsung semalam di padang Jabatan Belia dan Sukan, Berakas. Gol-gol QAF FC dijaringkan oleh Adie Arsham, Muhd Salleh, Md Mardi Mirza Bujang Abdullah, Hardi bujang dan Hamizan Aziz Sulaiman. Dengan kemenenagan itu, QAF FC sama ada akan berdepan dengan pasukan AH United ataupun MS ABDB.

Perlawanan peringkat separuh akhir yang kedua akan diadakan malam ini 10 November 2009 di Padang Jabatan Belia dan Sukan, Berakas bermula jam 8:15 malam bagi menentukan lawan sebenar QAF FC. Perlawanan akhir Piala Liga dijadualkan akan berlangsung pada 14 November 2009 di Padang balapan, Berakas jam 8:15 malam.
Read more!

Bolasepak persahabatan  

Posted by xboys17 in

Salam boys....untuk makluman awal, pada 24hb November 2009 ada perlawanan bolasepak persahabatan antara Pasukan X-boys dengan Pasukan Lad RPK. Venue perlawanan dijadualkan bertempat di Padang Menglait dan insyallah wisel sepak mula akan ditiupkan oleh pengadil perlawanan yang terpilih jam 1630hrs. So kepada xboys yang gatai kaki udah kan menghuyung bula atu jangan ketinggalan ikut sama beraksi nanti.

p/s: Collection $3 jangan lupa, kumpul tia start ari ani, inda sampai 20 sen tu sehari (kiraan 17 hari menjelang kick-off).
Read more!

Brunei DPMM FC 2-1 SAF FC  

Posted by xboys17 in , , , , ,

Brunei DPMM FC kini kembali menerajui takhta Liga-S setelah menundukkan pendahulu liga, Singapore Armed Forces FC 2-1. Skuad bimbingan Vjeran Simunic menghiburkan lebih 10 000 penyokong yang membanjiri Stadium Negara Hassanal Bolkiah dengan gol pembuka tirai perlawanan seawal minit ke 7 menerusi Ivan Jerkovic. Terus menggandakan asakan kelebihan beraksi di negara sendiri nyata menjadi penyuntik semangat Brunei DPMM FC untuk menambahkan jaringan dengan beberapa serangan dan percubaan merbahaya, namun gagal merebut peluang untuk menggandakan jaringan hingga masa di rehatkan.

Apa yang dikatakan pengurus yang berasal dari Croatia semasa rehat nyata membuahkan hasil apabila gol kedua menggoncang gawang lawan, kali ini menerusi Abdelhamid Berguiga pada minit ke 47. Masih lagi menguasai permainan, Brunei DPMM FC mempunyai banyak peluang terbuka untuk menambahkan jaringan. Bagi pasukan pelawat, gol saguhati mereka hanya hadir pada minit ke 89 menerusiTherdsak Chaiman.

Dari perlawanan semalam, Brunei DPMM FC kembali mengetuai carta Liga-S dengan 22 mata, memintas SAF FC dan Gombak United yang menggumpul 21 mata

Kan liat gambar, klik sini.....

....nanti update dengan gambar, since gambar masa ani ada arah mobile c Tony891, yang arah mobile ku sabar saja.

**GOOD NEWS: tahniah kepada Tony891 dan hamd kerana mewakili masing-masing seksyen 2 dan 3 untuk hadir ke Stadium Negara**
**BAD NEWS: HTC Diamond ku hilang di Stadium, bertuah tah yang tejumpa atu**
Read more!

Sertai Bolasepak Amal Pada 4 April  

Posted by xboys17 in , , ,

Untuk kali yang ketiga perlawanan Bola Sepak Amal akan diadakan, sekali lagi anjuran bersama Kelab Bola Sepak A.M Gunners, FFBD serta Jabatan Belia dan Sukan

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada hari Sabtu, 4hb April 2009 bermula jam 8.15 malam.

Dalam perlawanan tahun lepas pada 22 Mac 2008, pasukan A.M Gunners tewas 4-2 kepada Sekolah Sukan. Pada tahun 2007 yang merupakan perlawanan Bola Sepak Amal pertama, A.M Gunners menentang Pasukan Projek Ikan Pusu.


Diharap, di perlawanan kali ini akan mendapat sambutan yang lebih baik lagi. Setiap penderma yang menyumbangkan jumlah derma $10 akan di berikan jersi A.M Gunners berwarna hitam berserta logo.
Read more!

Brunei DPMM FC 2-1 Super Reds FC  

Posted by xboys17 in , , , , , ,

Beberapa minit sebelum Abu Bakar Mahari menjaringkan gol kemenagan

Dua jaringan di separuh masa kedua memberikan kemenagan mutlak buat pasukan DPMM FC beraksi di bumi sendiri. Ketinggalan 0-1 apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke 11, mudah disempurnakan Jeon Byung Euk. Pasukan pelawat, Super Reds FC kekal mendahului pasukan tuan rumah hingga masuk ke bilik persalinan.

Bersambung di babak kedua, DPMM FC tidak banyak merubah corak permainan dengan melakukan beberapa percubaan merbahaya. Percaturan skuad bimbingan Vjeran Simunic nyata membuahkan hasil pada minit ke 61 apabila Yusof Salleh menyamakan kedudukan menerusi sepakan bebas, sekaligus menggegar stadium negara. Pemain lincah Abu Bakar Mahari yang kerap kali memenjadi pemusnah pertahanan lawan akhirnya berjaya merobek gawang Reds FC pada minit ke 84 apabila menyepak baik bola muntahan yang gagal dikawal kemas oleh penjaga gol lawan hasil percubaan Oh Ddog Yi.

Antara komen Ketua Jurulatih DPMM FC, Vjeran Simunic (gambar atas) ketika di temubual - "saya mahukan stadium dipenuhi dengan penyokong" - "saya bangga mempunyai pemain tempatan yang berkualiti."

Gol kemenangan itu memberikan mata penuh pertama DPMM FC di persaingan Liga-S dari dua perlawanan. DPMM FC kini menghuni tangga keempat dengan empat mata. Dalam perlawanan lain, pendahulu liga, SAFFC menang selesas keatas Home United 3-1 di Stadium Choa Chu Kang, Singapura.

Perlawanan seterusnya, DPMM FC akan menanti kunjungan Woodlands Wellington yang menduduki tangga ke sembilan pada hari ahad, 8 March di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Read more!

Hujan lebat tidak halang perlawanan bolasepak  

Posted by xboys17 in , , , , ,



Salam buat semua, untuk makluman awal, perlawanan bolasepak persahabatan seterusnya ialah pada hari Rabu, 11 March 2009, Jam 8 malam (kick off sudah ni). Perlawanan akan diadakan di Kemudahan Kompleks Sukan Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (jgn lupa collection $5 max seorang, kalau ramai kurang sikit).

Bagi sesiapa yang kurang arif dimana arahnya, bangunan, Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan adalah land mark paling hampir di Jalan Kebangsaan Lama.

Dari perlawanan pada hari Isnin 2 March 2009, Xboys 1 - 1 Red Knights FC. Wakil Intake 17 yang turun padang Sam, Sin & Ham (penonton hehe). Scorer xboys Ak Amir (intake 15) dan pihak lawan kurang pasti siapa namanya. Sori gambar semasa xboys beraksi nada pasal main full time (kalau ada sub bisai plang tu hehe). Yang ada ganya liat di sini link xboys 15 & xboys 20.

Video ani taken by Iskandar "ndai" xboys20...more photos di xboys20.
Read more!

Front page events....  

Posted by xboys17 in , , ,

Assalamualaikum skot sekalian....reminder untuk semua pasal perlawanan bolasepak esok hari Isnin 23 Feb bertempat di padang bola perkhemahan Sungai Akar, jam 4 petang. Ani untuk menyampaikan hajat SSjn (U) Hamdris jua memasukkan good news ani ke blog.

Kehadiran adalah di galakkan kalau rasanya x-boys, walaupun sebagai penonton. Jumpa semua disana dan selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 25 Tahun.
Read more!

Kemenangan 3-2 tutup tirai bolasepak persahabatan x-boys bagi tahun 2008...  

Posted by xboys17 in , , , , , , , , ,

Assalamualaikum skot semua...sedikit update pasal aktiviti kitani (3 orang hadir-sam,sin,win). Perlawanan berlangsung seperti yang dirancangkan walaupun ada sedikit kelambatan dan kesilapan komunikasi (dua team datang dari Rimba, inda tau cemana bulih). Tapi yang paling penting kitani x-boys mengalahkan pasukan Rimba 3-2. Ani mungkin perlawanan bolasepak terakhir bagi tahun 2008, dan insyallah perlawanan persahabatan akan diteruskan bagi tahun 2009. Siapa-siapa ada team yang rasanya kan di lawan informkan saja tia di sini. Wassalam.

Ani gambar gabungan xboys, ihsan dari http://x15thboys.blogspot.com
Read more!


Can You Have More Sales, Too?
Helping over 61,000 businesses like yours raise profits and build customer relationships using AWeber's opt-in email marketing software for over 10 years.
Take a Free Test Drive today!

X-Boy's member of

Blogging Nation

Aktiviti x-Boys17

XBoys FC
vs
LM FC
Ahad, 11 April 2010
Balapan & Padang, Berakas

Bolasepak DST GROUP
Liga Perdana Brunei 2009/2010
Team Pld Pts
QAF FC 18 47
MS ABDB 18 45
AM Gunners FC 18 42
Jerudong FC 18 29
Majra FC 18 27
Indera SC 18 20
AH United 18 18
Wijaya FC 18 14
Brunei Shell FT 17 8
NBT FC 17
Keputusan Perlawanan
Liga Perdana I
28 Feb 2010
MS ABDB 3-1 QAF FC

28 Feb 2010
AH United 0-6 AM Gunners FC

28 Feb 2010
Brunei Shell FT 2-1 Majra FC

Piala FA DST Group Brunei
1 Mac 2010
Rimba Star FC 2-3 Viva Ranger

2 Mac 2010
Peninjau FC 1-3 Sabli's FC

5 Mac 2010
Viva Ranger lwn Sabli's FC
8.15 mlm,Pdg JBS
Photobucket Powered by BannerFans.com

Free Hit Counters

Feel free to link us. Copy the HTML code below & paste it in your blog:

Interesting Link's

Iklan-iklan

Archives