Showing posts with label Liga-S. Show all posts
Showing posts with label Liga-S. Show all posts

DPMM FC tunggu kunjungan Albirex Niigata FC  

Posted by xboys17 in , ,

Read more!

DPMM FC terus menyerlah dalam kancah Liga-S  

Posted by xboys17 in , , ,

Diiringi lagu "gegar", Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas sekali lagi menjadi keramat apabila Brunei DPMM FC menjadikan pertemuannya dengan Balestier Khalsa FC untuk menambah 3 mata, sekaligus merampas kembali senarai carta Liga-S daripada Tampines Rovers FC. Perlawanan bermula sedikit lembap sebelum lebih 6000 penonton mengegar stadium negara dengan gol pembuka tirai perlawanan menerusi tandukkan Mohamad Sharazen Said untuk kedudukan Brunei DPMM FC mendahului pasukan pelawat 1-0 pada minit ke 10. Lapan minit kemudian, Oh Ddog Yi yang menerima umpanan Subhi Abdilah mudah mengelirukan benteng lawan sebelum melancarkan rembatan kencang, namun berjaya di tepis keluar penjaga gol Tigers' Lee Hing Huat memberikan sepakan sudut.

Pemain asal Brazil, Ednardo Moura yang sering kali cuba untuk memperdayakan gandingan tungak utama pertahanan-Pg Sallehudin dan Rene Komar, gagal menggembirakan pengurusnya Nasaruddin Abdul Jalil untuk gol penyamaan. Pada baki babak pertama perlawanan, kedua pasukan gagal memanfaatkan beberapa peluang untuk mencatatkan sebarang gol.

Pasukan pelawat tampil di separuh masa kedua dengan persembahan lebih mantap apabila pemain yang berasal dari Chile, Julio Eduardo mencemaskan penonton dua kali pada minit ke 54 dan 66, namun rembatan beliau gagal menepati sasaran. Seminit sebelum masa sebenar perlawanan di tamatkan, larian Rene Komar yang melepasi dua pemain lawan mengumpan cantik kepada pemain gantian, Maududi Hilmi Kasmi untuk melakukan rembatan, namun berjaya di tolak keluar yang kemudiannya disambut Rene Komar sekaligus melengkapkan kemenangan 2-0 keatas Balestier Khalsa FC.

Perlawanan DPMM FC seterusnya ialah di tempat lawan, Sengkang Punggol FC 6 Julai ini di Hougang, Singapura.
Read more!

Kunjungan Geylang United sulung ke Brunei  

Posted by xboys17 in , , , ,



Baru saja bergelar juara Piala Liga Singapura Juma'at lepas mungkin alasan terbaik mengapa pasukan Brunei DPMM FC mempunyai tugas besar apabila menerima kunjungan Geylang United FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas malam ini, 24 Jun 2009.

Tetapi kali ini adalah bagi meneruskan baki perlawanan pusingan kedua dalam kancah bolasepak Liga-S yang direhatkan hampir sebulan. Dalam perlawanan pertama di Stadium Bedok, Singapura pada 12 Mac lepas, Brunei DPMM FC berjaya membawa pulang satu mata setelah terikat tanpa jaringan.

Untuk memberikan sokongan padu serta semangat luar biasa, marilah "GEGAR" stadium negara malam nanti.
Read more!

Brunei DPMM FC Vs Young Lions FC  

Posted by xboys17 in , , , , ,

Salam boys...sori lama nada update blog. The most happening weekend ani rasanya iatah ni, perlawanan bolasepak Liga-S antara Brunei DPMM FC dengan Young Lions FC di Stadium Negara.


Dalam perlawanan pembukaan Liga pusingan pertama, kunjungan Brunei DPMM FC ke Jalan Besar menentang Young Lions FC berkesudahan satu sama. Kali ini Stadium Negara bakal membuktikan kubu pertahanan DPMM FC untuk mengekalkan corak kemenangan 5 kali bermain di tempat sendiri. Dari 11 perlawanan pusingan pertama, DPMM FC kecundang sekali kalah 0-2 di gelanggang lawan menentang Home United. Manakala merekodkan sekali kejayaan di gelanggang lawan dan menang sekali sebelum menutup tirai pusingan pertama dengan 22 mata dari 11 perlawanan.

"Diharap peminat bolasepak tanahair akan sama-sama membanjiri Stadium Negara bagi sokongan padu"

Sementara itu dalam undian persaingan Piala Liga Singapura meletakkan Brunei DPMM FC dalam kumpulan A bersama-sama dengan SAF FC dan Albirex Niigata FC. Kumpulan B pula Tampines Rovers FC, Geylang United dan Young Lions FC. Sementara itu Super Reds FC, Gombak United FC dan Balestier Khalsa FC dalam kumpulan C meninggalkan Home United, Sengkang Punggol FC dan Woodlands Wellington FC di dalam kumpulan D.
Read more!

Home United 2-0 Brunei DPMM FC...  

Posted by xboys17 in , , , , , , ,

Mengakhiri pusingan pertama Liga-S mungkin satu perkara yang tidak dapat di lupakan peminat bolasepak tanah air apabila kunjungan Brunei DPMM FC ke Stadium Clementi, Singapura menentang Home United pulang dengan kekalahan pertama setelah 11 perlawanan.

Mungkin ketiadaan lima pemain utama Brunei DPMM FC kerana digantung permainan hasil koleksi kad kuning dan merah menjadi sebab utama kegagalan mereka untuk kekal sebagai pasukan beraksi tanpa kalah. Dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan pada babak kedua dalam masa tiga minit, iaitu Norikazu Murakami pada minit ke-60 dan Kengne Ludovick tiga minit kemudian.

Hasil perlawanan semalam, Brunei DPPM FC kini turun di tangga ke tiga dengan 22 mata. Seterusnya, Brunei DPMM FC akan menanti kunjungan Young Lions FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Brunei Darussalam pada 16 Mei. Diharap, penyokong akan terus membanjiri venue perlawanan bagi sedikit sebanyak menyuntik kembali semangat pemain.
Read more!

Brunei DPMM FC mara ke suku akhir Piala RHB....  

Posted by xboys17 in , , , , , ,

Setelah merekodkan aksi tanpa kalah di persaingan Liga-S dari perlawanan sabtu lalu menundukkan SAF FC 2-1 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, Brunei Darussalam, Brunei DPMM FC kini layak ke peringkat suku akhir Piala RHB Singapura. Mengintai kejayaan ini sejak menyertainya pada tahun 2005, akhirnya harapan Brunei DPMM FC tercapai juga dibawah bimbingan Vjeran Simunic yang berasal dari Croatia. Pada pusingan kalah mati, Brunei DPMM FC berdepan dengan kelab dari Liga Super Indonesia, Pelita Jaya FC. Meskipun dibarisi 5 pemain kebangsaan negara itu disamping barisan pemain yang secara sepenuh masa bermain bolasepak, mereka terpaksa akur dengan semangat tinggi Brunei DPMM FC apabila tersingkir dengan kekalah 0-1. Antara yang paling menarik ialah skuad Pelita Jaya FC dibawah bimbingan pemain lagenda Singapura, Fandi Ahmad dan itu merupakan penglibatan pertama mereka di Piala RHB.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain import kelahiran Algeria, Abdel Hamid Berguiga pada minit ke 75 perlawanan. Walaupun perlawanan sepenuhnya dikuasai oleh Pelita Jaya FC, namun Brunei DPMM FC mempunyai banyak peluang baik untuk menambahkan jaringan, mahupun membuka tirai gol pada babak pertama dan diseparuh masa kedua. Walauapapun, satu gol itu amat berharga buat Brunei DPMM FC sekaligus menyingkirkan satu daripada 15 pasukan lain yang turut beraksi.

more photo here.... Read more!

Brunei DPMM FC 2-1 SAF FC  

Posted by xboys17 in , , , , ,

Brunei DPMM FC kini kembali menerajui takhta Liga-S setelah menundukkan pendahulu liga, Singapore Armed Forces FC 2-1. Skuad bimbingan Vjeran Simunic menghiburkan lebih 10 000 penyokong yang membanjiri Stadium Negara Hassanal Bolkiah dengan gol pembuka tirai perlawanan seawal minit ke 7 menerusi Ivan Jerkovic. Terus menggandakan asakan kelebihan beraksi di negara sendiri nyata menjadi penyuntik semangat Brunei DPMM FC untuk menambahkan jaringan dengan beberapa serangan dan percubaan merbahaya, namun gagal merebut peluang untuk menggandakan jaringan hingga masa di rehatkan.

Apa yang dikatakan pengurus yang berasal dari Croatia semasa rehat nyata membuahkan hasil apabila gol kedua menggoncang gawang lawan, kali ini menerusi Abdelhamid Berguiga pada minit ke 47. Masih lagi menguasai permainan, Brunei DPMM FC mempunyai banyak peluang terbuka untuk menambahkan jaringan. Bagi pasukan pelawat, gol saguhati mereka hanya hadir pada minit ke 89 menerusiTherdsak Chaiman.

Dari perlawanan semalam, Brunei DPMM FC kembali mengetuai carta Liga-S dengan 22 mata, memintas SAF FC dan Gombak United yang menggumpul 21 mata

Kan liat gambar, klik sini.....

....nanti update dengan gambar, since gambar masa ani ada arah mobile c Tony891, yang arah mobile ku sabar saja.

**GOOD NEWS: tahniah kepada Tony891 dan hamd kerana mewakili masing-masing seksyen 2 dan 3 untuk hadir ke Stadium Negara**
**BAD NEWS: HTC Diamond ku hilang di Stadium, bertuah tah yang tejumpa atu**
Read more!

Brunei DPMM FC Vs Singapore Armed Forces FC  

Posted by xboys17 in , , ,

Salam boys, rasanya alum terlambat lagi kan meng-update blog ani untuk event malam. Paling menarik c Tony891 akan secara sukarelawan menghadirkan diri ke Stadium Negara Hassanal Bolkiah bagi menyaksikan perlawanan BOLASEPAK!!! Dari chit-chat c Tony891, turut menghadirkan diri ialah c hamd...so bagi bagi yang lain boleh join sama memeriahakan lagi suasana stadium...
Read more!

DPMM FC Vs Sengkang Punggol FC  

Posted by xboys17 in , , ,

Berbekalkan semangat tiga kemenangan dan dua keputusan seri dari lima perlawanan di persaingan Liga-S, DPMM FC akan meneruskan aksinya malam ini di tempat sendiri.


Pasukan pelawat itu ialah Sengkang Punggol FC yang buat julung kalinya berkunjung ke Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, pada perlawanan malam ini. Meskipun menduduki tangga ke 11 di carta liga, Punggol FC mungkin tampil dengan corak permainan yang di luar jangkaan malam ini.

Jika di lihat dari sejarah penglibatannya di Liga-S, sejak tahun 2006, juga di kenali dengan nama jolokan "The Dolphins" sekadar menamatkan persaingan liga di tempat ke sebelas hingga tahun lepas. Pada tahun lepas, skuad bimbingan 'Jorg Steinebrunner' mencatatkan satu kemenangan di tempat sendiri dan memunggut dua mata penuh beraksi di gelanggang lawan sebelum menamatkan kejohanan dengan 19 mata.

Antara key players Sengkang Punggol FC ialah Murohy Wiredu, Diallo Abdullah, Noh Rahman, Aide Iskandar dan Hiroyuki Yamamoto. Walauapapun di harap pasukan DPMM FC akan dapat mengekalkan rentak beraksi tanpa kalahnya malam ini.
Read more!

Geylang United FC 0 - 0 DPMM FC  

Posted by xboys17 in , , ,

Meneruskan aksi perlawanan seterusnya dalam cabaran Liga-S, kunjungan DPMM FC ke Stadium Bedok, Singapura menentang Geylang United FC nyata tidak akan pulang dengan tangan kosong. Berazam untuk mengekalkan rekod bermain tanpa kalah, DPMM FC berjaya membawa pulang satu mata berharga setelah mengikat pasukan tuan rumah kosong sama.

Kunjungan skuad bimbingan Vjeran Simunic merupakan perlawanan ke-empat musim ini dan adalah yang kedua beraksi di gelanggang lawan. Perlawanan seterusnya ialah menentang Balestier Khalsa FC pada 19 Mac di Stadium Toa Payoh, Singapura. Dari satu perlawanan berlangsung hari ini, tiga tangga teratas carta Liga-S tidak berubah, dimana DPMM FC kekal ditangga ke tiga dengan menggumpul 8 mata.
Read more!

Brunei DPMM FC 2-1 Super Reds FC  

Posted by xboys17 in , , , , , ,

Beberapa minit sebelum Abu Bakar Mahari menjaringkan gol kemenagan

Dua jaringan di separuh masa kedua memberikan kemenagan mutlak buat pasukan DPMM FC beraksi di bumi sendiri. Ketinggalan 0-1 apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke 11, mudah disempurnakan Jeon Byung Euk. Pasukan pelawat, Super Reds FC kekal mendahului pasukan tuan rumah hingga masuk ke bilik persalinan.

Bersambung di babak kedua, DPMM FC tidak banyak merubah corak permainan dengan melakukan beberapa percubaan merbahaya. Percaturan skuad bimbingan Vjeran Simunic nyata membuahkan hasil pada minit ke 61 apabila Yusof Salleh menyamakan kedudukan menerusi sepakan bebas, sekaligus menggegar stadium negara. Pemain lincah Abu Bakar Mahari yang kerap kali memenjadi pemusnah pertahanan lawan akhirnya berjaya merobek gawang Reds FC pada minit ke 84 apabila menyepak baik bola muntahan yang gagal dikawal kemas oleh penjaga gol lawan hasil percubaan Oh Ddog Yi.

Antara komen Ketua Jurulatih DPMM FC, Vjeran Simunic (gambar atas) ketika di temubual - "saya mahukan stadium dipenuhi dengan penyokong" - "saya bangga mempunyai pemain tempatan yang berkualiti."

Gol kemenangan itu memberikan mata penuh pertama DPMM FC di persaingan Liga-S dari dua perlawanan. DPMM FC kini menghuni tangga keempat dengan empat mata. Dalam perlawanan lain, pendahulu liga, SAFFC menang selesas keatas Home United 3-1 di Stadium Choa Chu Kang, Singapura.

Perlawanan seterusnya, DPMM FC akan menanti kunjungan Woodlands Wellington yang menduduki tangga ke sembilan pada hari ahad, 8 March di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Read more!


Can You Have More Sales, Too?
Helping over 61,000 businesses like yours raise profits and build customer relationships using AWeber's opt-in email marketing software for over 10 years.
Take a Free Test Drive today!

X-Boy's member of

Blogging Nation

Aktiviti x-Boys17

XBoys FC
vs
LM FC
Ahad, 11 April 2010
Balapan & Padang, Berakas

Bolasepak DST GROUP
Liga Perdana Brunei 2009/2010
Team Pld Pts
QAF FC 18 47
MS ABDB 18 45
AM Gunners FC 18 42
Jerudong FC 18 29
Majra FC 18 27
Indera SC 18 20
AH United 18 18
Wijaya FC 18 14
Brunei Shell FT 17 8
NBT FC 17
Keputusan Perlawanan
Liga Perdana I
28 Feb 2010
MS ABDB 3-1 QAF FC

28 Feb 2010
AH United 0-6 AM Gunners FC

28 Feb 2010
Brunei Shell FT 2-1 Majra FC

Piala FA DST Group Brunei
1 Mac 2010
Rimba Star FC 2-3 Viva Ranger

2 Mac 2010
Peninjau FC 1-3 Sabli's FC

5 Mac 2010
Viva Ranger lwn Sabli's FC
8.15 mlm,Pdg JBS
Photobucket Powered by BannerFans.com

Free Hit Counters

Feel free to link us. Copy the HTML code below & paste it in your blog:

Interesting Link's

Iklan-iklan

Archives