Selamat Hari Raya Aidiladha  

Posted by xboys17

Hari Raya Aidiladha (Bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk

umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Read more!

AH United 0-1 MS ABDB  

Posted by xboys17 in

Mohd Sardillah ukir nama sebagai wira pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei apabila penjadi penjaring tunggal perlawanan penentuan menentang AH United FC. Satu-satunya gol perlawanan kedua peringkat separuh akhir hadir pada minit ke 17 sekaligus memberikan laluan MS ABDB untuk menempah tiket ke perlawanan akhir Piala liga DST Group Brunei 2009. Perlawanan akhir Piala Liga akan berlangsung pada 14 November 2009 dan bakal menyaksikan pertembungan hebat antara QAF FC dengan MS ABDB. Perlawanan dijadualkan bermula jam 8.15 malam dan bertempat di Padang Jabatan Belia & Sukan, Berakas.

And the rest of your post here
Read more!

Piala Liga DST Group  

Posted by xboys17 in

Pasukan yang boleh di katakan sebagai underdog-AM Gunners FC gagal menempah tiket ke perlawanan peringkat akhir apabila kecundang di perlawanan separuh akhir kejohanan Piala Liga DST Group pertama semalam.

Lawannya, QAF FC merupakan satu pasukan yang cukup berpengalaman mudah menguasai kesebelasan utama AM Gunners FC untuk melakar kemenangan 5-0. Perlawanan peringkat separuh akhir pertama itu berlangsung semalam di padang Jabatan Belia dan Sukan, Berakas. Gol-gol QAF FC dijaringkan oleh Adie Arsham, Muhd Salleh, Md Mardi Mirza Bujang Abdullah, Hardi bujang dan Hamizan Aziz Sulaiman. Dengan kemenenagan itu, QAF FC sama ada akan berdepan dengan pasukan AH United ataupun MS ABDB.

Perlawanan peringkat separuh akhir yang kedua akan diadakan malam ini 10 November 2009 di Padang Jabatan Belia dan Sukan, Berakas bermula jam 8:15 malam bagi menentukan lawan sebenar QAF FC. Perlawanan akhir Piala Liga dijadualkan akan berlangsung pada 14 November 2009 di Padang balapan, Berakas jam 8:15 malam.
Read more!

Kebiasaanya dihujung minggu  

Posted by xboys17 in

Assalamualaikum...alhamdulilah petang ani masih lagi dipanjangkan umur, so cerita-ceritalah sikit apa kebiasaan kita orang melayu atau khasnya orang Brunei buat di hujung minggu-hari ahad.

Yang paling popular ialah menghadiri jemputan kahwin, sama ada jemputan sanak saudara, kawan-kawan, saudara sekampung apatah lagi jiran tetangga. Pagi tadi adalah giliran jiran rumah untuk menjadi raja sehari. Di majlis ini dihiasi dengan dua pengantin dimana di abang dan adik akan melangsungkan persandingan secara serentak tetapi berlainan tempat. Si pengantin perempuan menerima kedatangan mempelai lelaki dan pengantin lelaki akan menuju kerumah isteri sebaik sahaja persandingan si adik selesai.

Seperti biasa dan telahpun menjadi adat resam... orang melayu, salam ziarah pengantin lelaki akan memulakan acara rasmi majlis yang diiringi oleh beberapa kerabat lelaki di kem lelaki dan perempuan di kem perempuan-manakala dendangan lagu turut menyemarakkan lagi suasana gilang-gemilang majlis. Selesai bersalaman, doa selamat di bacakan oleh wakil keluarga pengantin sebelum tetamu di pelawa menjamu makanan.

Selesai makan, rombongan keluarga bagi pengantin perempuan(adik) pun tiba. Sebelum memasuki rumah pengantin perempuan, raja sehari lelaki yang diiringi pengapit akan melakukan tiga pusing keliling berserta beberapa bacaan bagi memohon perlindungan kepada Allah.

Seterusnya pengantin lelaki akan menaiki pelamin dimana pengantin perempuan terlebih awal duduk di kerusi pelamin. Selesai sahaja bacaan doa selamatnya kedua pengantin duduk diatas pelamin dan sesi fotografi diadakan, pasangan akan keluar rumah untuk tontonan para hadirin. Kesempatan ini diambil baik oleh tetamu untuk mengambil gambar pengantin bagi kenangan mereka di kemudian hari. Pukulan hadrah dan beberapa iringian lagu Selamat Pengantin Baru dan Selawat Kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang berterusan sejak kedatangan pengantin lelaki tidak henti mengiringi susana meriah. Ukiran senyuman tidak lepas dari para hadirin yang hadir termasuklah kerabat pengantin.

Seterusnya ialah giliran pengantin lelaki(abang) untuk menuju ke rumah pengantin perempuan. Mengiringi pengantin ialah beberapa gangsa sebagai tanda hantaran kepada pengantin perempuan. Tidak ketinggalan ialah dua bunga manggar dan lilin yang bakal mendampingi pengantin apabila sampai di pelamin pengantin perempuan. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan baik. Didoakan semoga pasangan pengantin berbahagia selamanya.

berbalik kepada topik kita, santai bersama keluarga juga akan menjadi pilihan kepada kebanyakkan orang Brunei. Samaada ianya dilakukan di rumah ataupun diluar rumah. Selain itu, ada juga yang akan mengambil kesempatan ini dengan mengadakan kempen kebersihan di kawasan rumah dan juga menghirup udara segar. Apapun jua aktiviti biskita, diharap ianya akan membawa faedah dan tidak menjerumuskan ke perkara yang kurang baik. Wassalam
Read more!

Bolasepak persahabatan  

Posted by xboys17 in

Salam boys....untuk makluman awal, pada 24hb November 2009 ada perlawanan bolasepak persahabatan antara Pasukan X-boys dengan Pasukan Lad RPK. Venue perlawanan dijadualkan bertempat di Padang Menglait dan insyallah wisel sepak mula akan ditiupkan oleh pengadil perlawanan yang terpilih jam 1630hrs. So kepada xboys yang gatai kaki udah kan menghuyung bula atu jangan ketinggalan ikut sama beraksi nanti.

p/s: Collection $3 jangan lupa, kumpul tia start ari ani, inda sampai 20 sen tu sehari (kiraan 17 hari menjelang kick-off).
Read more!

Sambutan Hari Guru  

Posted by xboys17 in

Assalamualaikum kepada semua....hari ani merupakan antara hari-hari bersejarah yang menjadi ingatan kepada semua rakyat di Negara Brunei Darussalam, tanpa mengira usia muda ataupun tua. Dengan bertemakan "Guru Berkualiti Teras Kecemerlangan Pendidikan" , sambutan hari guru tahun 2009 ini merupakan kali yang ke-19. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang bertanggungjawab membangkitkan bangsa berilmu di tanah air tercinta. Ucapan ini juga khasnya di tujukan kepada guru-guru yang pernah memberi tunjuk ajar kepada saya sendiri, terutama kepada guru-guru di SR Tutong Kem, SR OKWASD Kupang, SM RIPAS Birau, Sekolah Pengajian Penanjong Kem, South Devon College, Australian Defence Force

Academy, SAFTI MI Singapura, dan bagi guru-guru yang memberi tunjuk ajar rakan seperjuangan di tanah air dan luar negara. Halalkan ilmu yang di berikan selama ini Tidak terkecuali juga ucapan ini amnya ditujukan kepada orang yang dikenali dan bertugas sebagai guru, terutama keluarga terdekat.

Semoga maju jaya didalam tugas masing-masing sebagai seorang guru.

Pada tahun ini, sambutan kemuncak hari guru diadakan pada 5hb November bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas dimana bersempena sambutan Hari Guru tahun ini ialah penganugerahan Anugerah Guru Berjasa, Anugerah Guru Bersara, Anugerah Khas Hari Guru, Anugerah Guru Cemerlang dan Penghargaan Khas Hari Guru.

Berangkat dan kemudiannya berkenan mengurniakan anugerah-anugerah tersebut ialah Kebawah Duli Yang maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara brunei Darussalam.

Sebelum itu, Menjunjung Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Pusat Persidangan Antarabangsa ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang kaya Seri Laila Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Haji Mohd Zain.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Jefri Bolkiah, Yang Teramat mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji Abdul Azim, Yang Teramat mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik dan Yang Teramat mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Mateen.
Photo: Courtesy of InfoFoto
Read more!


Can You Have More Sales, Too?
Helping over 61,000 businesses like yours raise profits and build customer relationships using AWeber's opt-in email marketing software for over 10 years.
Take a Free Test Drive today!

X-Boy's member of

Blogging Nation

Aktiviti x-Boys17

XBoys FC
vs
LM FC
Ahad, 11 April 2010
Balapan & Padang, Berakas

Bolasepak DST GROUP
Liga Perdana Brunei 2009/2010
Team Pld Pts
QAF FC 18 47
MS ABDB 18 45
AM Gunners FC 18 42
Jerudong FC 18 29
Majra FC 18 27
Indera SC 18 20
AH United 18 18
Wijaya FC 18 14
Brunei Shell FT 17 8
NBT FC 17
Keputusan Perlawanan
Liga Perdana I
28 Feb 2010
MS ABDB 3-1 QAF FC

28 Feb 2010
AH United 0-6 AM Gunners FC

28 Feb 2010
Brunei Shell FT 2-1 Majra FC

Piala FA DST Group Brunei
1 Mac 2010
Rimba Star FC 2-3 Viva Ranger

2 Mac 2010
Peninjau FC 1-3 Sabli's FC

5 Mac 2010
Viva Ranger lwn Sabli's FC
8.15 mlm,Pdg JBS

Feel free to link us. Copy the HTML code below & paste it in your blog:

Interesting Link's

Iklan-iklan

Archives