Sambutan Hari Guru  

Posted by xboys17 in

Assalamualaikum kepada semua....hari ani merupakan antara hari-hari bersejarah yang menjadi ingatan kepada semua rakyat di Negara Brunei Darussalam, tanpa mengira usia muda ataupun tua. Dengan bertemakan "Guru Berkualiti Teras Kecemerlangan Pendidikan" , sambutan hari guru tahun 2009 ini merupakan kali yang ke-19. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang bertanggungjawab membangkitkan bangsa berilmu di tanah air tercinta. Ucapan ini juga khasnya di tujukan kepada guru-guru yang pernah memberi tunjuk ajar kepada saya sendiri, terutama kepada guru-guru di SR Tutong Kem, SR OKWASD Kupang, SM RIPAS Birau, Sekolah Pengajian Penanjong Kem, South Devon College, Australian Defence Force

Academy, SAFTI MI Singapura, dan bagi guru-guru yang memberi tunjuk ajar rakan seperjuangan di tanah air dan luar negara. Halalkan ilmu yang di berikan selama ini Tidak terkecuali juga ucapan ini amnya ditujukan kepada orang yang dikenali dan bertugas sebagai guru, terutama keluarga terdekat.

Semoga maju jaya didalam tugas masing-masing sebagai seorang guru.

Pada tahun ini, sambutan kemuncak hari guru diadakan pada 5hb November bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas dimana bersempena sambutan Hari Guru tahun ini ialah penganugerahan Anugerah Guru Berjasa, Anugerah Guru Bersara, Anugerah Khas Hari Guru, Anugerah Guru Cemerlang dan Penghargaan Khas Hari Guru.

Berangkat dan kemudiannya berkenan mengurniakan anugerah-anugerah tersebut ialah Kebawah Duli Yang maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara brunei Darussalam.

Sebelum itu, Menjunjung Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Pusat Persidangan Antarabangsa ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang kaya Seri Laila Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Haji Mohd Zain.

Berangkat sama, Duli Yang Teramat mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Jefri Bolkiah, Yang Teramat mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji Abdul Azim, Yang Teramat mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik dan Yang Teramat mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Mateen.
Photo: Courtesy of InfoFoto

0 komen

Post a Comment


Can You Have More Sales, Too?
Helping over 61,000 businesses like yours raise profits and build customer relationships using AWeber's opt-in email marketing software for over 10 years.
Take a Free Test Drive today!

X-Boy's member of

Blogging Nation

Aktiviti x-Boys17

XBoys FC
vs
LM FC
Ahad, 11 April 2010
Balapan & Padang, Berakas

Bolasepak DST GROUP
Liga Perdana Brunei 2009/2010
Team Pld Pts
QAF FC 18 47
MS ABDB 18 45
AM Gunners FC 18 42
Jerudong FC 18 29
Majra FC 18 27
Indera SC 18 20
AH United 18 18
Wijaya FC 18 14
Brunei Shell FT 17 8
NBT FC 17
Keputusan Perlawanan
Liga Perdana I
28 Feb 2010
MS ABDB 3-1 QAF FC

28 Feb 2010
AH United 0-6 AM Gunners FC

28 Feb 2010
Brunei Shell FT 2-1 Majra FC

Piala FA DST Group Brunei
1 Mac 2010
Rimba Star FC 2-3 Viva Ranger

2 Mac 2010
Peninjau FC 1-3 Sabli's FC

5 Mac 2010
Viva Ranger lwn Sabli's FC
8.15 mlm,Pdg JBS
Photobucket Powered by BannerFans.com

Free Hit Counters

Feel free to link us. Copy the HTML code below & paste it in your blog:

Interesting Link's

Iklan-iklan

Archives