Kebiasaanya dihujung minggu  

Posted by xboys17 in

Assalamualaikum...alhamdulilah petang ani masih lagi dipanjangkan umur, so cerita-ceritalah sikit apa kebiasaan kita orang melayu atau khasnya orang Brunei buat di hujung minggu-hari ahad.

Yang paling popular ialah menghadiri jemputan kahwin, sama ada jemputan sanak saudara, kawan-kawan, saudara sekampung apatah lagi jiran tetangga. Pagi tadi adalah giliran jiran rumah untuk menjadi raja sehari. Di majlis ini dihiasi dengan dua pengantin dimana di abang dan adik akan melangsungkan persandingan secara serentak tetapi berlainan tempat. Si pengantin perempuan menerima kedatangan mempelai lelaki dan pengantin lelaki akan menuju kerumah isteri sebaik sahaja persandingan si adik selesai.

Seperti biasa dan telahpun menjadi adat resam... orang melayu, salam ziarah pengantin lelaki akan memulakan acara rasmi majlis yang diiringi oleh beberapa kerabat lelaki di kem lelaki dan perempuan di kem perempuan-manakala dendangan lagu turut menyemarakkan lagi suasana gilang-gemilang majlis. Selesai bersalaman, doa selamat di bacakan oleh wakil keluarga pengantin sebelum tetamu di pelawa menjamu makanan.

Selesai makan, rombongan keluarga bagi pengantin perempuan(adik) pun tiba. Sebelum memasuki rumah pengantin perempuan, raja sehari lelaki yang diiringi pengapit akan melakukan tiga pusing keliling berserta beberapa bacaan bagi memohon perlindungan kepada Allah.

Seterusnya pengantin lelaki akan menaiki pelamin dimana pengantin perempuan terlebih awal duduk di kerusi pelamin. Selesai sahaja bacaan doa selamatnya kedua pengantin duduk diatas pelamin dan sesi fotografi diadakan, pasangan akan keluar rumah untuk tontonan para hadirin. Kesempatan ini diambil baik oleh tetamu untuk mengambil gambar pengantin bagi kenangan mereka di kemudian hari. Pukulan hadrah dan beberapa iringian lagu Selamat Pengantin Baru dan Selawat Kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang berterusan sejak kedatangan pengantin lelaki tidak henti mengiringi susana meriah. Ukiran senyuman tidak lepas dari para hadirin yang hadir termasuklah kerabat pengantin.

Seterusnya ialah giliran pengantin lelaki(abang) untuk menuju ke rumah pengantin perempuan. Mengiringi pengantin ialah beberapa gangsa sebagai tanda hantaran kepada pengantin perempuan. Tidak ketinggalan ialah dua bunga manggar dan lilin yang bakal mendampingi pengantin apabila sampai di pelamin pengantin perempuan. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan baik. Didoakan semoga pasangan pengantin berbahagia selamanya.

berbalik kepada topik kita, santai bersama keluarga juga akan menjadi pilihan kepada kebanyakkan orang Brunei. Samaada ianya dilakukan di rumah ataupun diluar rumah. Selain itu, ada juga yang akan mengambil kesempatan ini dengan mengadakan kempen kebersihan di kawasan rumah dan juga menghirup udara segar. Apapun jua aktiviti biskita, diharap ianya akan membawa faedah dan tidak menjerumuskan ke perkara yang kurang baik. Wassalam

0 komen

Post a Comment


Can You Have More Sales, Too?
Helping over 61,000 businesses like yours raise profits and build customer relationships using AWeber's opt-in email marketing software for over 10 years.
Take a Free Test Drive today!

X-Boy's member of

Blogging Nation

Aktiviti x-Boys17

XBoys FC
vs
LM FC
Ahad, 11 April 2010
Balapan & Padang, Berakas

Bolasepak DST GROUP
Liga Perdana Brunei 2009/2010
Team Pld Pts
QAF FC 18 47
MS ABDB 18 45
AM Gunners FC 18 42
Jerudong FC 18 29
Majra FC 18 27
Indera SC 18 20
AH United 18 18
Wijaya FC 18 14
Brunei Shell FT 17 8
NBT FC 17
Keputusan Perlawanan
Liga Perdana I
28 Feb 2010
MS ABDB 3-1 QAF FC

28 Feb 2010
AH United 0-6 AM Gunners FC

28 Feb 2010
Brunei Shell FT 2-1 Majra FC

Piala FA DST Group Brunei
1 Mac 2010
Rimba Star FC 2-3 Viva Ranger

2 Mac 2010
Peninjau FC 1-3 Sabli's FC

5 Mac 2010
Viva Ranger lwn Sabli's FC
8.15 mlm,Pdg JBS
Photobucket Powered by BannerFans.com

Free Hit Counters

Feel free to link us. Copy the HTML code below & paste it in your blog:

Interesting Link's

Iklan-iklan

Archives