Brunei DPMM FC 2-1 Super Reds FC
Posted by xboys17 in bolasepak, Brunei DPMM FC, Korean Super Reds FC, Liga-S, S-League, Singapore, Singapura
Dua jaringan di separuh masa kedua memberikan kemenagan mutlak buat pasukan DPMM FC beraksi di bumi sendiri. Ketinggalan 0-1 apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke 11, mudah disempurnakan Jeon Byung Euk. Pasukan pelawat, Super Reds FC kekal mendahului pasukan tuan rumah hingga masuk ke bilik persalinan.
Bersambung di babak kedua, DPMM FC tidak banyak merubah corak permainan dengan melakukan beberapa percubaan merbahaya. Percaturan skuad bimbingan Vjeran Simunic nyata membuahkan hasil pada minit ke 61 apabila Yusof Salleh menyamakan kedudukan menerusi sepakan bebas, sekaligus menggegar stadium negara. Pemain lincah Abu Bakar Mahari yang kerap kali memenjadi pemusnah pertahanan lawan akhirnya berjaya merobek gawang Reds FC pada minit ke 84 apabila menyepak baik bola muntahan yang gagal dikawal kemas oleh penjaga gol lawan hasil percubaan Oh Ddog Yi.
Antara komen Ketua Jurulatih DPMM FC, Vjeran Simunic (gambar atas) ketika di temubual - "saya mahukan stadium dipenuhi dengan penyokong" - "saya bangga mempunyai pemain tempatan yang berkualiti."
Gol kemenangan itu memberikan mata penuh pertama DPMM FC di persaingan Liga-S dari dua perlawanan. DPMM FC kini menghuni tangga keempat dengan empat mata. Dalam perlawanan lain, pendahulu liga, SAFFC menang selesas keatas Home United 3-1 di Stadium Choa Chu Kang, Singapura.
Perlawanan seterusnya, DPMM FC akan menanti kunjungan Woodlands Wellington yang menduduki tangga ke sembilan pada hari ahad, 8 March di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.