Cabaran Band TLDB
Posted by xboys17 in bolasepak

Perlawanan kali ini ialah menentang pasukan Pencaragam(Band) Tentera Laut Diraja Brunei dimana perlawanan akan berlangsung dipadang bola Tentera Laut Diraja Brunei (baru kali ah). Sepak mula dijadualkan bermula jam 8.15 malam. Diharap warga xboys dapat menghadirkan diri...inda kira pemainkah, jurugambarkah, penyokongkah, junior/seniorkah, bakal penaja kah(ani yang dicari ni) asalkan kerabat xboys. Bagi pemain diharap dapat hadir lebih awal bagi sesi pemanas badan. Pemain juga diharap dapat menyediakan $1 bagi pembayaran pengadil perlawanan yang dipilih.
Semoga pasukan Xboys FC akan terus berkekalan.
p/s: sebelum ini ada proposal untuk menyertai Piala FA DST Group Brunei, dimana pendaftaran adalah $150 tetapi tidak kesampaian kerana syarat barisan pemain mestilah bukan berkhidmat dengan ABDB. Untuk masa yang akan datang, jika ada warga xboys yang telahpun bersara mungkin akan dapat bersatu bagi kejohanan tahun hadapan. :)