Xboys FC Vs Krewman TUDB  

Posted by xboys17 in

Salam boys…sekali lagi insyallah pasukan Xboys FC dijadualkan akan membuka tirai sukan kegemaran ramai bolasepak bagi tahun 2010. Lapangan perlawanan sudah tersedia iaitu pada hari selasa 2 Febuari 2010, jam 4:30 petang di Padang Kebajikan, Berakas.

Bagi warga Xboys FC diharap memberikan kerjasama sepenuhnya untuk hadir lebih awal bagi memaksimakan pengunaan padang. Sama jua para photographer yang terus ingin untuk memberikan khidmat…hehe. Jangan lupa bawa collection $3 bagi pemain, sponsorship dari photographer bleh jua, kurang jua collection sampai 50 sen seorang hehehe.

Siapa-siapa yang ada tentera di rumah atu jangan lupa bawa untuk bersukan, anak-anak atu bawa tia bemain bula,

jogging kah disana…meriah jua usulnya. Mana tau panuh grandstand atu, photographer pun iski tu mengambar kalau ada penyokong….lagipun membakar jua semangat main bula dan mengagar lawan tani.

Lawan Xboys FC nanti ialah Krew-man Tentera Udara Diraja Brunei (I think requested rematch kali ni) seperti yang di maklumkan Xboys FC manager, Amizul.

Anything komen saja sini or arah chatbos ani.... :)
Read more!

Alhamdulilah  

Posted by xboys17 in

Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain memaklumkan bahawasanya:-

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini amat sukacita telah mengurniakan nama kepada cucunda baginda, iaitu anakanda kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari dengan nama :

YANG AMAT MULIA PENGIRAN ANAK RAIHAANAH HANAA-UL BOLQIAH BINTI PENGIRAN ANAK KHAIRUL KHALIL

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat baginda seterusnya dengan sukacita mengurniakan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa meluaran tersebut dan juga kepada semua yang menyembahkan perutusan tahniah dan ucap selamat berikutan dengan meluaran cucunda baginda itu pada hari Rabu, 20 Muharram, 1431 bersamaan 6 Januari 2010 jam 5.30 petang. Courtesy of Pelita Brunei
Read more!

xBoys17 berusia 15 tahun  

Posted by xboys17 in

Salam buat semua...akhirnya merentasi 7 hari di tahun baru 2010 barutah ringan tangan rasanya kan menulis di blog ani. Awal sekali di ucapkan selamat tahun baru kepada semua warga xBoys bagi pengambilan ke 17 khususnya dan warga xboys sekalian amnya dan juga kepada pengunjung xboys17.

Alhamdulilah, kita di beri kesempatan lagi oleh Allah untuk bernafas di tahun baru. Juga di doakan agar semua cita-cita yang di idamkan pada awal tahun 2009 telahpun tercapai. Kalau tahun baru, biasanya akan timbul persoalan apakah azam kitani dan apa yang ingin di capai di tahun 2010. Apapun semua itu akan di tentukan oleh Allah dan yang penting sekali ialah segala usaha mestilah diiringi dengan doa kepada NYA dengan keikhlasan. Semoga DIA memudahkan segala urusan kitani pada tahun ini kerana tiada apa yang lebih mudah selain DIA permudahkannya.

Paling menjadi kenangan manis apabila menjelang tahun baru bagi warga xBoys pengambilan ke-17 ialah pada setiap 8 Januari. Tarikh ini telahpun menjadi keramat apabila xboys 17 di lahirkan, dan esok 8 Januari 2010 genaplah usia 15 tahun xboys17. Kalau di imbas 15 tahun lalu, kehidupan awal 30 bulan merupakan satu susana yang tidak dapat di kongsikan secara bertulis kerana terlalu banyak pahit manis yang dilalui. Dalam tempoh yang sangat singkat ini, merupakan kehidupan kami sebagai anggota yang baru belajar sebagai penuntut dan juga anggota beruniform, tambahan lagi pada usia semuda 15 tahun.

Selamat datang tahun 2010!....diharap semua mempunyai azam yang lebih baik dan berjaya mengecapinya dengan izin Allah...Amin.
Read more!

Selamat Jalan Gus Dur  

Posted by xboys17

Rantau Asia Tenggara kelmarin kehilangan seorang bekas antara pemimpin yang berpengaruh, iaitu bekas Presiden Republik Indonesia, Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali sebagai 'Gus Dur'.

Gus Dur adalah presiden Republik itu yang keempat dan ketua Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) yang diasaskannya selepas kejatuhan pemerintahan Suharto. Jawatannya sebagai presiden republik itu bermula pada 20 oktober 1999.

Walaubagaimanapun, kepimpinannya digantikan oleh Megawati Sukarnoputri pada 23 Julai 2001 setelah Gus Dur diserang beberapa jenis penyakit termasuk angin ahmar dan tuduhan rasuah,

sekaligus di minta untuk meletakjawatan. Dilahirkan di Denanyar, Jombang, Jawa Timur pada 7 september 1940, Gus Dur meninggal pada usia 69 tahun, 30 disember 2009. Gus Dur meninggalkan 4 orang anak dan seorang balu.

Read more!

Selamat Ma'al Hijrah  

Posted by xboys17 in

Salam sejahtera, semoga semua sentiasa berada didalam kesejahteraan jua. Di kesempatan yang ada ini saya mewakili warga xBoys-17 ingin mengucapkan selamat menyambut ma'al hijrah 1431H buat semua muslimin muslimat seluruh dunia.

Cepat benar masa berlalu dan kita sepatutnya sudah banyak mencapai impian maupun azam yang dirancang sejak awal tahun lagi. Walau bagaimanapun kita juga akan menyambut tahun baru mengikut
kalendar Gregorian iaitu tahun 2010 masihi. Banyak yang kita perlu
rancang dengan baik sempena dengan awal tahun baru ini supaya
dapat menghasilkan keputusan baik dalam mencapai impian maupun
target masing-masing.

Moga semua berbahagia sempena Ma'al Hijrah ini dan saya selalu doakan yang terbaik untuk semua. Jangan lupa untuk membuat azam & semangat tahun baru, moga Allah akan melimpahkan rahmat & rezeki untuk kita semua, Amin dan selamat bercuti.
Read more!

Taman Peranginan Tasik Lama  

Posted by xboys17 in

Taman Peranginan Tasik Lama yang terletak di Bandar Seri Begawan sangat terkenal sebagai salah satu tempat alam semula jadi yang dijadikan sebagai tempat berehat-rehat. Setelah hampir setahun selepas sedikit pembaharuan dan beberapa tambahan kemudahan yang disediakan kerajaan Brunei Darussalam, Taman itu kini semakin menjadi tumpuan ramai terutamanya pada sebelah pagi dan petang, ini semakin bertambah pada hujung minggu.

Selain rekabentuknya yang semula jadi yang terdapat disana seperti air terjun, ada juga taman permainan yang tersedia dan juga tandas serta tempat mandi bagi kegunaan awam. Disana juga terdapat tempat laluan pejalan kaki yang berkonsepkan reflexlogi yang diperbuat daripada batu-batan khusus dengan berlatar belakangkan suara keindahan alam-air terjun.

Read more!

Apa ada di Jerudong Park Brunei??  

Posted by xboys17 in

Bermula hari ani (12 Disember 2009) Jerudong Park Playground sekali lagi akan membuat tawaran hebat kepada pengunjungnya. Kemasukan ke taman permainan Jerudong tidak akan dikenakan sebarang bayaran, PERCUMA lah...walaubagaimanapun, untuk memasuki ke Musical Fountain dan semua pengunaan permainan masih lagi akan dikenakan bayaran istimewa.

Jerudong Park (JP) akan menggunakan sistem multi-ride tiket dimana setiap pengunjung boleh membeli tiket $8 untuk 5 jenis permainan dan $10 bagi 8 permainan yang terdapat di JP. Bayaran sebelum ini adalah $2 bagi setiap permainan.

Kemasukan ke Giggles Magic dan Bubble Show dan juga Family Concert Night pada hujung minggu masih lagi tidak dikenakan sebarang bayaran. Disamping itu pihak pengurus JP juga membuat beberapa pertukaran masa perniagaan. Pada hari rabu, khamis dan ahad, JP akan buka antaran jam 4 petang hingga 10.30 malam. JP akan dibuka lebih awal dan tutup lewat tengah malam pada hari jumaat dan sabtu, iaitu jam 2 petang hingga tengah malam.

Antara jenis permainan yang ditawarkan adalah seperti paddle boats, junior & adult bumper cars, the caterpillar, super carts, the orbiter dan the carousal. Pada masa yang sama, JP masih lagi menjalani beberapa pengubahsuaian dengan memberi tumpuan utama kepada pembisaian taman persekitaran.

Kawasan lapang (playground) juga dikenal pasti lebih terkenal sebagai tempat bersantai kaum keluarga yang paling diminati terutamanya pada setiap hujung minggu. Beberapa pondok kecil digunakan sebagai tempat riadah dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk bermain bolasepak ataupun futsal.

Malam Penghargaan RTB 2009

Malam ani, 12 Disember 2009, Jerudong Park and Country Club (JPCC) Amphitheatre juga bakal menjadi tumpuan ramai apabila akan berlangsungnya Malam Penghargaan Radio Televisyen Brunei (RTB) 2009 bermula jam 8 malam.

Penghargaan ini adalah kepada artis tempatan yang telahpun banyak memberikan kerjasama dengan pihak pengurusan RTB. Walaubagaimanapun, penonton yang menghadirkan diri pada malam nanti juga akan berkesempatan untuk merebut jika bertuah hadiah jabutan tiket bertuah, standby saja naik pentas macam artis untuk mengambil hadiah. Tiket masuk adalah PERCUMA.

Antara artis yang bakal menghiasi malam nanti ialah penerima anugerah Pelangi 2008/2009 seperti Fakhrul Razi, maria, A Band Once dan The Seeds. Tidak ketinggalan juga ialah pemenang projek RTB lainnya iaitu, Bintang Kecil, Bintang Radio, My Melody, talentime, P2F dan Simfoni Tanahair.

So bagi siapa-siapa yang kekurangan idea apakan dibuat malam ani dan hujung minggu ani, jangan lepaskan peluang untuk mengisi ruang-ruang kosong Jerudong Park atu...:)
Read more!

KDN 1-7 xBoys FC  

Posted by xboys17 in , , ,

Minggu ketiga dengan perlawanan bolasepak ketiga selepas rehat hari raya aidilfitri (biasa tu ah rehatnya telampau panjang), pasukan xBoys FC kembali dengan aksi bolasepaknya. Dalam perlawanan petang tadi, xBoys FC pulang dengan kemenangan bergaya 7-1 keatas pasukan KDN. Berbekalkan semangat kental dari satu kemenangan dan sekali seri sebelum ini, penampilan pasukan xBoys FC kali ini nyata lebih bertenaga. Kemunculan barisan pemain juga semakin menggalakkan dengan kemunculan beberapa muka baru, tapi ada jua yang udah lama inda beraksi. "Gigitan ku meliat arah FB atu, meriah bah", katanya. Walaupun padang becak, namun tidak melemahkan semangat kedua pasukan melakukan beberapa serangan dan percubaan

menarik, serta tampil untuk mencetak beberapa gol. Antara senarai penjaring xBoys FC ialah camung, hj norbahrin-hat-trick kali, aming dan adri (ani semuanya 15th xboys)....yang lain inda ingat lagi siapa. Perlawanan petang tadi berlangsung di padang Kg Anggrek Desa, Berakas. Insyallah dalam masa terdekat, ataupun minggu hadapan, perlawanan sengit akan menanti dengan pasukan yang lebih hebat lagi...tahniah xBoys FC. Updated info here
Read more!


Can You Have More Sales, Too?
Helping over 61,000 businesses like yours raise profits and build customer relationships using AWeber's opt-in email marketing software for over 10 years.
Take a Free Test Drive today!

X-Boy's member of

Blogging Nation

Aktiviti x-Boys17

XBoys FC
vs
LM FC
Ahad, 11 April 2010
Balapan & Padang, Berakas

Bolasepak DST GROUP
Liga Perdana Brunei 2009/2010
Team Pld Pts
QAF FC 18 47
MS ABDB 18 45
AM Gunners FC 18 42
Jerudong FC 18 29
Majra FC 18 27
Indera SC 18 20
AH United 18 18
Wijaya FC 18 14
Brunei Shell FT 17 8
NBT FC 17
Keputusan Perlawanan
Liga Perdana I
28 Feb 2010
MS ABDB 3-1 QAF FC

28 Feb 2010
AH United 0-6 AM Gunners FC

28 Feb 2010
Brunei Shell FT 2-1 Majra FC

Piala FA DST Group Brunei
1 Mac 2010
Rimba Star FC 2-3 Viva Ranger

2 Mac 2010
Peninjau FC 1-3 Sabli's FC

5 Mac 2010
Viva Ranger lwn Sabli's FC
8.15 mlm,Pdg JBS
Photobucket Powered by BannerFans.com

Free Hit Counters

Feel free to link us. Copy the HTML code below & paste it in your blog:

Interesting Link's

Iklan-iklan

Archives