Taman Peranginan Tasik Lama
Posted by xboys17 in Hujung minggu
Taman Peranginan Tasik Lama yang terletak di Bandar Seri Begawan sangat terkenal sebagai salah satu tempat alam semula jadi yang dijadikan sebagai tempat berehat-rehat. Setelah hampir setahun selepas sedikit pembaharuan dan beberapa tambahan kemudahan yang disediakan kerajaan Brunei Darussalam, Taman itu kini semakin menjadi tumpuan ramai terutamanya pada sebelah pagi dan petang, ini semakin bertambah pada hujung minggu.
Selain rekabentuknya yang semula jadi yang terdapat disana seperti air terjun, ada juga taman permainan yang tersedia dan juga tandas serta tempat mandi bagi kegunaan awam. Disana juga terdapat tempat laluan pejalan kaki yang berkonsepkan reflexlogi yang diperbuat daripada batu-batan khusus dengan berlatar belakangkan suara keindahan alam-air terjun.