Apa ada di Jerudong Park Brunei??  

Posted by xboys17 in

Bermula hari ani (12 Disember 2009) Jerudong Park Playground sekali lagi akan membuat tawaran hebat kepada pengunjungnya. Kemasukan ke taman permainan Jerudong tidak akan dikenakan sebarang bayaran, PERCUMA lah...walaubagaimanapun, untuk memasuki ke Musical Fountain dan semua pengunaan permainan masih lagi akan dikenakan bayaran istimewa.

Jerudong Park (JP) akan menggunakan sistem multi-ride tiket dimana setiap pengunjung boleh membeli tiket $8 untuk 5 jenis permainan dan $10 bagi 8 permainan yang terdapat di JP. Bayaran sebelum ini adalah $2 bagi setiap permainan.

Kemasukan ke Giggles Magic dan Bubble Show dan juga Family Concert Night pada hujung minggu masih lagi tidak dikenakan sebarang bayaran. Disamping itu pihak pengurus JP juga membuat beberapa pertukaran masa perniagaan. Pada hari rabu, khamis dan ahad, JP akan buka antaran jam 4 petang hingga 10.30 malam. JP akan dibuka lebih awal dan tutup lewat tengah malam pada hari jumaat dan sabtu, iaitu jam 2 petang hingga tengah malam.

Antara jenis permainan yang ditawarkan adalah seperti paddle boats, junior & adult bumper cars, the caterpillar, super carts, the orbiter dan the carousal. Pada masa yang sama, JP masih lagi menjalani beberapa pengubahsuaian dengan memberi tumpuan utama kepada pembisaian taman persekitaran.

Kawasan lapang (playground) juga dikenal pasti lebih terkenal sebagai tempat bersantai kaum keluarga yang paling diminati terutamanya pada setiap hujung minggu. Beberapa pondok kecil digunakan sebagai tempat riadah dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk bermain bolasepak ataupun futsal.

Malam Penghargaan RTB 2009

Malam ani, 12 Disember 2009, Jerudong Park and Country Club (JPCC) Amphitheatre juga bakal menjadi tumpuan ramai apabila akan berlangsungnya Malam Penghargaan Radio Televisyen Brunei (RTB) 2009 bermula jam 8 malam.

Penghargaan ini adalah kepada artis tempatan yang telahpun banyak memberikan kerjasama dengan pihak pengurusan RTB. Walaubagaimanapun, penonton yang menghadirkan diri pada malam nanti juga akan berkesempatan untuk merebut jika bertuah hadiah jabutan tiket bertuah, standby saja naik pentas macam artis untuk mengambil hadiah. Tiket masuk adalah PERCUMA.

Antara artis yang bakal menghiasi malam nanti ialah penerima anugerah Pelangi 2008/2009 seperti Fakhrul Razi, maria, A Band Once dan The Seeds. Tidak ketinggalan juga ialah pemenang projek RTB lainnya iaitu, Bintang Kecil, Bintang Radio, My Melody, talentime, P2F dan Simfoni Tanahair.

So bagi siapa-siapa yang kekurangan idea apakan dibuat malam ani dan hujung minggu ani, jangan lepaskan peluang untuk mengisi ruang-ruang kosong Jerudong Park atu...:)

0 komen

Post a Comment


Can You Have More Sales, Too?
Helping over 61,000 businesses like yours raise profits and build customer relationships using AWeber's opt-in email marketing software for over 10 years.
Take a Free Test Drive today!

X-Boy's member of

Blogging Nation

Aktiviti x-Boys17

XBoys FC
vs
LM FC
Ahad, 11 April 2010
Balapan & Padang, Berakas

Bolasepak DST GROUP
Liga Perdana Brunei 2009/2010
Team Pld Pts
QAF FC 18 47
MS ABDB 18 45
AM Gunners FC 18 42
Jerudong FC 18 29
Majra FC 18 27
Indera SC 18 20
AH United 18 18
Wijaya FC 18 14
Brunei Shell FT 17 8
NBT FC 17
Keputusan Perlawanan
Liga Perdana I
28 Feb 2010
MS ABDB 3-1 QAF FC

28 Feb 2010
AH United 0-6 AM Gunners FC

28 Feb 2010
Brunei Shell FT 2-1 Majra FC

Piala FA DST Group Brunei
1 Mac 2010
Rimba Star FC 2-3 Viva Ranger

2 Mac 2010
Peninjau FC 1-3 Sabli's FC

5 Mac 2010
Viva Ranger lwn Sabli's FC
8.15 mlm,Pdg JBS
Photobucket Powered by BannerFans.com

Free Hit Counters

Feel free to link us. Copy the HTML code below & paste it in your blog:

Interesting Link's

Iklan-iklan

Archives