Doa Pagi.....Insyallah baik untuk diamalkan  

Posted by xboys17 in

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
Aminn..
Read more!

Tanah Perkuburan  

Posted by xboys17 in

Adab-adab Ketika berada di Perkuburan Islam
i. Nabi ketika melakukan ziarah kubur baginda memulakan dengan ucapan salam kepada isi kubur dan mendoakan kesejahteraan terhadap mereka sebagaimana sabda baginda:

"Dari Sulaiman bin Buraidah, dari ayahnya r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengajar mereka jika mereka datang ke tanah perkuburan, supaya mengucapkan (yang ertinya) : Salam sejahtera semoga dilimpahkan kepada sekalian ahli kubur yang beriman dan Islam, dan kami Insya Allah pasti menurutmu pula, kami mohon ampun bagi kami dan bagimu sekalian."

Firman Allah dalam surah al-Baqarah :155-156
"Orang-orang yang apabila mendapat musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Orang-orang yang demikian itulah yang memperoleh rahmat dari Tuhannya. Dan merekalah yang memperoleh petunjuk."

ii. Membaca Yaasin kepada orang yang mati di kalangan kamu.

Khusus pada bulan ramadhan antaranya ialah amalan ditingkatkan hingga 700 kali ganda dan ahli kubur ditahan daripada menerima seksaan dan inilah saat yang di nanti oleh ahli kubur yang sudah tidak dapat membuat apa jua kebajikan.

iii. Berzikir dengan bertahlil, bertahmid dan istikfar memohon keampuanan terhadap dosa-dosa ahli kubur.

iv. Doa.

v. Bersedekah kepada fakir miskin.

vi. Membersihkan kawasan perkuburan.

vii. Bersangka baik terhadap si mati.
Read more!

Sambutan Nuzul Al-quran Peringkat Negara 2009  

Posted by xboys17 in

Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam - More Photo

Lebih 1300 tahun yang lalu merupakan satu peristiwa bersejarah bagi umat sejagat khususnya kepada umat Islam apabila penurunan ayat Al-Quran pertama di sampaikan kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Peristiwa bersejarah ini berlaku pada malam Juma'at 17 Ramadan pada usia Nabi Muhammad S.A.W mencecah 41 tahun.

‘Nuzul’ itu sendiri bermaksud turun atau perpindahan dari atas ke bawah. Seperti nabi-nabi terdahulu yang di anugerahkan mukjizat tersendiri, Al-Quran adalah mukjizat terbesar Junjungan Nabi S.A.W.

'Al-Quran' pula bermakna bacaan atau himpunan. Himpunan ayat-ayat Allah mengandungi pelbagai perkara yang sangat meluas meliputi perihal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.

Allah Maha Besar
Read more!

DPMM FC tutup aksi Piala RHB Singapura di suku-akhir  

Posted by xboys17 in

Melayakkan aksi ke peringkat suku akhir dalam cabaran sulung Piala RHB Singapura, Brunei DPMM FC akhirnya tersingkir dari misi seterusnya.


Tewas di dua perlawanan peringkat suku akhir

kepada kelab bolasepak Thailand, TTM Samut Sakhon, skuad bimbingan Vjeran Simunic terpaksa akur dengan kehebatan barisan pemain Thailand. Kekalahan ini turut memberikan TTM Samut Sakhon untuk mengukir nama sebagai antara pemenang peringkat yang mencatatkan kemenangan terbesar, iaitu 3-1 di pertemuan pertama dan seterusnya menang 4-2. Ini sekaligus memberikan mereka laluan mudah ke perlawanan separuh akhir dengan kemenangan agregat 7-3.

Sebelum meneruskan kancah RHB, DPMM FC telahpun menerima percubaan yang sangat menggerikan dalam cabaran Liga-S apabila tiga tunggak utama kubu pertahanan - Pg Sallehuddin Damit, Yusof Salleh dan Rene Komar di keluarkan dari senarai pemain sepanjang musim liga oleh Persatuan Bolasepak Singapura & penganjur Liga-S. Perkara ini timbul apabila pembatahan terhadap pengadil perlawanan, K Kalimuthu berlaku semasa perlawanan berlangsung di Stadium Negara menentang Home United. Kehilangan tiga pemain ini nyata menjejaskan rentak serta corak permainan DPMM FC, sekaligus gagal memberikan saingan hebat terhadap Sakhon di Piala RHB Singapura.

Tersingkir - selepas membawa pulang Piala Liga, impian DPMM FC untuk menjulang piala kedua dalam satu musim terpaksa ditangguhkan bagi menanti cabaran Liga-S seterusnya sehingga penghujung musim. DPMM FC menghuni tangga ke 5 hasil 25 perlawanan dan berkongsi mata dengan Gombak United FC di senarai ke 4 dari 26 perlawanan. Manakala SAFFC unggul di
puncak senarai dengan 58 mata dari 26 perlaanan liga.
Read more!

DPMM FC tunggu kunjungan Albirex Niigata FC  

Posted by xboys17 in , ,

Read more!

Daulat Kebawah Duli Tuan Patek  

Posted by xboys17 in ,

Assalamualaikum boys......rasanya telampau be kuarantin jua udah di rumah ani...bukannya apa mengurangkan aktibit berjalan-jalan nada tujuan, lebih baik di rumah.


Di kesempatan ini saya mewakili warga xboys17 ingin mengucapkan Selamat Puja Usia Ke 63 Tahun Kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Semoga kekal qarar memerintah negara Brunei Darussalam, negara aman makmur, sejahtera di bawah kebijaksaan pimpinan Baginda.

DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATEK
Read more!

Latihan Konsert terakhir Michael Jackson  

Posted by xboys17 in , , , , ,



Semua urang kan becakap pasal raja pop, Michael Jackson....jadi di sini adatah salah satu dari beratus klip video yang mungkin boleh di kongsikan bersama. Latihan konsert, 23 Jun - 2 hari sebelum akhir hayat penyanyi pujaan ramai. So banar tah ada pernah ku terbaca/dangar dalam ceramah ugama kali tu pasal kebanyakkan urang mati/meninggal ialah pada masa ia melakukan perkara yang paling di gemarinya sepanjang hayat.
read more....
Read more!

DPMM FC terus menyerlah dalam kancah Liga-S  

Posted by xboys17 in , , ,

Diiringi lagu "gegar", Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas sekali lagi menjadi keramat apabila Brunei DPMM FC menjadikan pertemuannya dengan Balestier Khalsa FC untuk menambah 3 mata, sekaligus merampas kembali senarai carta Liga-S daripada Tampines Rovers FC. Perlawanan bermula sedikit lembap sebelum lebih 6000 penonton mengegar stadium negara dengan gol pembuka tirai perlawanan menerusi tandukkan Mohamad Sharazen Said untuk kedudukan Brunei DPMM FC mendahului pasukan pelawat 1-0 pada minit ke 10. Lapan minit kemudian, Oh Ddog Yi yang menerima umpanan Subhi Abdilah mudah mengelirukan benteng lawan sebelum melancarkan rembatan kencang, namun berjaya di tepis keluar penjaga gol Tigers' Lee Hing Huat memberikan sepakan sudut.

Pemain asal Brazil, Ednardo Moura yang sering kali cuba untuk memperdayakan gandingan tungak utama pertahanan-Pg Sallehudin dan Rene Komar, gagal menggembirakan pengurusnya Nasaruddin Abdul Jalil untuk gol penyamaan. Pada baki babak pertama perlawanan, kedua pasukan gagal memanfaatkan beberapa peluang untuk mencatatkan sebarang gol.

Pasukan pelawat tampil di separuh masa kedua dengan persembahan lebih mantap apabila pemain yang berasal dari Chile, Julio Eduardo mencemaskan penonton dua kali pada minit ke 54 dan 66, namun rembatan beliau gagal menepati sasaran. Seminit sebelum masa sebenar perlawanan di tamatkan, larian Rene Komar yang melepasi dua pemain lawan mengumpan cantik kepada pemain gantian, Maududi Hilmi Kasmi untuk melakukan rembatan, namun berjaya di tolak keluar yang kemudiannya disambut Rene Komar sekaligus melengkapkan kemenangan 2-0 keatas Balestier Khalsa FC.

Perlawanan DPMM FC seterusnya ialah di tempat lawan, Sengkang Punggol FC 6 Julai ini di Hougang, Singapura.
Read more!


Can You Have More Sales, Too?
Helping over 61,000 businesses like yours raise profits and build customer relationships using AWeber's opt-in email marketing software for over 10 years.
Take a Free Test Drive today!

X-Boy's member of

Blogging Nation

Aktiviti x-Boys17

XBoys FC
vs
LM FC
Ahad, 11 April 2010
Balapan & Padang, Berakas

Bolasepak DST GROUP
Liga Perdana Brunei 2009/2010
Team Pld Pts
QAF FC 18 47
MS ABDB 18 45
AM Gunners FC 18 42
Jerudong FC 18 29
Majra FC 18 27
Indera SC 18 20
AH United 18 18
Wijaya FC 18 14
Brunei Shell FT 17 8
NBT FC 17
Keputusan Perlawanan
Liga Perdana I
28 Feb 2010
MS ABDB 3-1 QAF FC

28 Feb 2010
AH United 0-6 AM Gunners FC

28 Feb 2010
Brunei Shell FT 2-1 Majra FC

Piala FA DST Group Brunei
1 Mac 2010
Rimba Star FC 2-3 Viva Ranger

2 Mac 2010
Peninjau FC 1-3 Sabli's FC

5 Mac 2010
Viva Ranger lwn Sabli's FC
8.15 mlm,Pdg JBS
Photobucket Powered by BannerFans.com

Free Hit Counters

Feel free to link us. Copy the HTML code below & paste it in your blog:

Interesting Link's

Iklan-iklan

Archives