Sambutan Nuzul Al-quran Peringkat Negara 2009
Posted by xboys17 in Islam
Lebih 1300 tahun yang lalu merupakan satu peristiwa bersejarah bagi umat sejagat khususnya kepada umat Islam apabila penurunan ayat Al-Quran pertama di sampaikan kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Peristiwa bersejarah ini berlaku pada malam Juma'at 17 Ramadan pada usia Nabi Muhammad S.A.W mencecah 41 tahun.
‘Nuzul’ itu sendiri bermaksud turun atau perpindahan dari atas ke bawah. Seperti nabi-nabi terdahulu yang di anugerahkan mukjizat tersendiri, Al-Quran adalah mukjizat terbesar Junjungan Nabi S.A.W.
'Al-Quran' pula bermakna bacaan atau himpunan. Himpunan ayat-ayat Allah mengandungi pelbagai perkara yang sangat meluas meliputi perihal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.
Allah Maha Besar