Posted
by xboys17
in
Balestier Khalsa FC,
Liga-S,
Liga-S Great Eastern-Yeo's,
S-League
Diiringi lagu "gegar", Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas sekali lagi menjadi keramat apabila Brunei DPMM FC menjadikan pertemuannya dengan Balestier Khalsa FC untuk menambah 3 mata, sekaligus merampas kembali senarai carta Liga-S daripada Tampines Rovers FC. Perlawanan bermula sedikit lembap sebelum lebih 6000 penonton mengegar stadium negara dengan gol pembuka tirai perlawanan menerusi tandukkan Mohamad Sharazen Said untuk kedudukan Brunei DPMM FC mendahului pasukan pelawat 1-0 pada minit ke 10. Lapan minit kemudian, Oh Ddog Yi yang menerima umpanan Subhi Abdilah mudah mengelirukan benteng lawan sebelum melancarkan rembatan kencang, namun berjaya di tepis keluar penjaga gol Tigers' Lee Hing Huat memberikan sepakan sudut.
Pemain asal Brazil, Ednardo Moura yang sering kali cuba untuk memperdayakan gandingan tungak utama pertahanan-Pg Sallehudin dan Rene Komar, gagal menggembirakan pengurusnya Nasaruddin Abdul Jalil untuk gol penyamaan. Pada baki babak pertama perlawanan, kedua pasukan gagal memanfaatkan beberapa peluang untuk mencatatkan sebarang gol.
Pasukan pelawat tampil di separuh masa kedua dengan persembahan lebih mantap apabila pemain yang berasal dari Chile, Julio Eduardo mencemaskan penonton dua kali pada minit ke 54 dan 66, namun rembatan beliau gagal menepati sasaran. Seminit sebelum masa sebenar perlawanan di tamatkan, larian Rene Komar yang melepasi dua pemain lawan mengumpan cantik kepada pemain gantian, Maududi Hilmi Kasmi untuk melakukan rembatan, namun berjaya di tolak keluar yang kemudiannya disambut Rene Komar sekaligus melengkapkan kemenangan 2-0 keatas Balestier Khalsa FC.
Perlawanan DPMM FC seterusnya ialah di tempat lawan, Sengkang Punggol FC 6 Julai ini di Hougang, Singapura.
Read more!
Posted
by xboys17
in
Brunei DPMM FC,
geylang united fc,
Liga-S,
Liga-S Great Eastern-Yeo's,
S-League

Baru saja bergelar juara Piala Liga Singapura Juma'at lepas mungkin alasan terbaik mengapa pasukan Brunei DPMM FC mempunyai tugas besar apabila menerima kunjungan Geylang United FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas malam ini, 24 Jun 2009.
Tetapi kali ini adalah bagi meneruskan baki perlawanan pusingan kedua dalam kancah bolasepak Liga-S yang direhatkan hampir sebulan. Dalam perlawanan pertama di Stadium Bedok, Singapura pada 12 Mac lepas, Brunei DPMM FC berjaya membawa pulang satu mata setelah terikat tanpa jaringan.
Untuk memberikan sokongan padu serta semangat luar biasa, marilah "GEGAR" stadium negara malam nanti.
Read more!
Posted
by xboys17
in
Consumer Fair,
ICC
Posted
by xboys17
in
Albirex Niigata FC,
Brunei DPMM FC,
Piala Liga Singapura,
Singapore League Cup

Untuk kali yang pertama, Brunei DPMM FC akan menyertai Piala Liga Singapura bersama-sama dengan 11 pasukan lainnya yang turut beraksi di Persaingan Liga Singapura.
Terbahagi kepada 4 kumpulan, Brunei DPMM FC bergandingan bersama-sama dengan SAFF FC dan Albirex Niigata FC dalam kumpulan A.
Kumpulan B ialah Tampines Rovers FC, Geylang United FC dan Young Lions FC. Super Reds FC, Gombak United FC dan Balestier Khalsa FC pula di senarai kumpulan C. Manakala di undi untuk kumpulan D pula ialah Home United FC, Sengkang Punggol FC dan Woodlands Wellington FC.
Sehubungan dengan itu, perlawanan pertama DPMM FC di Piala Singapura ialah malam ini, 2 Jun di Stadium Jalan Besar Singapura. RTB akan menyiarkan secara langsung perlawanan bermula pada jam 7.45 malam di saluran RTB 2.
Read more!
Posted
by xboys17
in
Brunei DPMM FC,
DPMM FC,
Liga-S,
Liga-S Great Eastern-Yeo's,
S-League,
Young Lions Fc
Salam boys...sori lama nada update blog. The most happening weekend ani rasanya iatah ni, perlawanan bolasepak Liga-S antara Brunei DPMM FC dengan Young Lions FC di Stadium Negara.
Dalam perlawanan pembukaan Liga pusingan pertama, kunjungan Brunei DPMM FC ke Jalan Besar menentang Young Lions FC berkesudahan satu sama. Kali ini Stadium Negara bakal membuktikan kubu pertahanan DPMM FC untuk mengekalkan corak kemenangan 5 kali bermain di tempat sendiri. Dari 11 perlawanan pusingan pertama, DPMM FC kecundang sekali kalah 0-2 di gelanggang lawan menentang Home United. Manakala merekodkan sekali kejayaan di gelanggang lawan dan menang sekali sebelum menutup tirai pusingan pertama dengan 22 mata dari 11 perlawanan.
"Diharap peminat bolasepak tanahair akan sama-sama membanjiri Stadium Negara bagi sokongan padu"
Sementara itu dalam undian persaingan Piala Liga Singapura meletakkan Brunei DPMM FC dalam kumpulan A bersama-sama dengan SAF FC dan Albirex Niigata FC. Kumpulan B pula Tampines Rovers FC, Geylang United dan Young Lions FC. Sementara itu Super Reds FC, Gombak United FC dan Balestier Khalsa FC dalam kumpulan C meninggalkan Home United, Sengkang Punggol FC dan Woodlands Wellington FC di dalam kumpulan D.
Read more!
Posted
by xboys17
in
Brunei DPMM FC,
Home United FC,
Kengne Ludovick,
Liga-S,
Liga-S Great Eastern-Yeo's,
Norika Murakami,
S-League,
Stadium Clementi
Mengakhiri pusingan pertama Liga-S mungkin satu perkara yang tidak dapat di lupakan peminat bolasepak tanah air apabila kunjungan Brunei DPMM FC ke Stadium Clementi, Singapura menentang Home United pulang dengan kekalahan pertama setelah 11 perlawanan.
Mungkin ketiadaan lima pemain utama Brunei DPMM FC kerana digantung permainan hasil koleksi kad kuning dan merah menjadi sebab utama kegagalan mereka untuk kekal sebagai pasukan beraksi tanpa kalah. Dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan pada babak kedua dalam masa tiga minit, iaitu Norikazu Murakami pada minit ke-60 dan Kengne Ludovick tiga minit kemudian.
Hasil perlawanan semalam, Brunei DPPM FC kini turun di tangga ke tiga dengan 22 mata. Seterusnya, Brunei DPMM FC akan menanti kunjungan Young Lions FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Brunei Darussalam pada 16 Mei. Diharap, penyokong akan terus membanjiri venue perlawanan bagi sedikit sebanyak menyuntik kembali semangat pemain.
Read more!
Posted
by xboys17
in
Brunei DPMM FC,
Indonesian Super League,
Liga Super Indonesia,
Liga-S,
Pelita Jaya FC,
Piala RHB Singapura,
S-League
Setelah merekodkan aksi tanpa kalah di persaingan Liga-S dari perlawanan sabtu lalu menundukkan SAF FC 2-1 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, Brunei Darussalam, Brunei DPMM FC kini layak ke peringkat suku akhir Piala RHB Singapura. Mengintai kejayaan ini sejak menyertainya pada tahun 2005, akhirnya harapan Brunei DPMM FC tercapai juga dibawah bimbingan Vjeran Simunic yang berasal dari Croatia. Pada pusingan kalah mati, Brunei DPMM FC berdepan dengan kelab dari Liga Super Indonesia, Pelita Jaya FC. Meskipun dibarisi 5 pemain kebangsaan negara itu disamping barisan pemain yang secara sepenuh masa bermain bolasepak, mereka terpaksa akur dengan semangat tinggi Brunei DPMM FC apabila tersingkir dengan kekalah 0-1. Antara yang paling menarik ialah skuad Pelita Jaya FC dibawah bimbingan pemain lagenda Singapura, Fandi Ahmad dan itu merupakan penglibatan pertama mereka di Piala RHB.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain import kelahiran Algeria, Abdel Hamid Berguiga pada minit ke 75 perlawanan. Walaupun perlawanan sepenuhnya dikuasai oleh Pelita Jaya FC, namun Brunei DPMM FC mempunyai banyak peluang baik untuk menambahkan jaringan, mahupun membuka tirai gol pada babak pertama dan diseparuh masa kedua. Walauapapun, satu gol itu amat berharga buat Brunei DPMM FC sekaligus menyingkirkan satu daripada 15 pasukan lain yang turut beraksi.
more photo here....
Read more!