Xboys FC Vs Krewman TUDB  

Posted by xboys17 in

Salam boys…sekali lagi insyallah pasukan Xboys FC dijadualkan akan membuka tirai sukan kegemaran ramai bolasepak bagi tahun 2010. Lapangan perlawanan sudah tersedia iaitu pada hari selasa 2 Febuari 2010, jam 4:30 petang di Padang Kebajikan, Berakas.

Bagi warga Xboys FC diharap memberikan kerjasama sepenuhnya untuk hadir lebih awal bagi memaksimakan pengunaan padang. Sama jua para photographer yang terus ingin untuk memberikan khidmat…hehe. Jangan lupa bawa collection $3 bagi pemain, sponsorship dari photographer bleh jua, kurang jua collection sampai 50 sen seorang hehehe.

Siapa-siapa yang ada tentera di rumah atu jangan lupa bawa untuk bersukan, anak-anak atu bawa tia bemain bula,

jogging kah disana…meriah jua usulnya. Mana tau panuh grandstand atu, photographer pun iski tu mengambar kalau ada penyokong….lagipun membakar jua semangat main bula dan mengagar lawan tani.

Lawan Xboys FC nanti ialah Krew-man Tentera Udara Diraja Brunei (I think requested rematch kali ni) seperti yang di maklumkan Xboys FC manager, Amizul.

Anything komen saja sini or arah chatbos ani.... :)
Read more!

Alhamdulilah  

Posted by xboys17 in

Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain memaklumkan bahawasanya:-

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini amat sukacita telah mengurniakan nama kepada cucunda baginda, iaitu anakanda kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari dengan nama :

YANG AMAT MULIA PENGIRAN ANAK RAIHAANAH HANAA-UL BOLQIAH BINTI PENGIRAN ANAK KHAIRUL KHALIL

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat baginda seterusnya dengan sukacita mengurniakan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa meluaran tersebut dan juga kepada semua yang menyembahkan perutusan tahniah dan ucap selamat berikutan dengan meluaran cucunda baginda itu pada hari Rabu, 20 Muharram, 1431 bersamaan 6 Januari 2010 jam 5.30 petang. Courtesy of Pelita Brunei
Read more!

xBoys17 berusia 15 tahun  

Posted by xboys17 in

Salam buat semua...akhirnya merentasi 7 hari di tahun baru 2010 barutah ringan tangan rasanya kan menulis di blog ani. Awal sekali di ucapkan selamat tahun baru kepada semua warga xBoys bagi pengambilan ke 17 khususnya dan warga xboys sekalian amnya dan juga kepada pengunjung xboys17.

Alhamdulilah, kita di beri kesempatan lagi oleh Allah untuk bernafas di tahun baru. Juga di doakan agar semua cita-cita yang di idamkan pada awal tahun 2009 telahpun tercapai. Kalau tahun baru, biasanya akan timbul persoalan apakah azam kitani dan apa yang ingin di capai di tahun 2010. Apapun semua itu akan di tentukan oleh Allah dan yang penting sekali ialah segala usaha mestilah diiringi dengan doa kepada NYA dengan keikhlasan. Semoga DIA memudahkan segala urusan kitani pada tahun ini kerana tiada apa yang lebih mudah selain DIA permudahkannya.

Paling menjadi kenangan manis apabila menjelang tahun baru bagi warga xBoys pengambilan ke-17 ialah pada setiap 8 Januari. Tarikh ini telahpun menjadi keramat apabila xboys 17 di lahirkan, dan esok 8 Januari 2010 genaplah usia 15 tahun xboys17. Kalau di imbas 15 tahun lalu, kehidupan awal 30 bulan merupakan satu susana yang tidak dapat di kongsikan secara bertulis kerana terlalu banyak pahit manis yang dilalui. Dalam tempoh yang sangat singkat ini, merupakan kehidupan kami sebagai anggota yang baru belajar sebagai penuntut dan juga anggota beruniform, tambahan lagi pada usia semuda 15 tahun.

Selamat datang tahun 2010!....diharap semua mempunyai azam yang lebih baik dan berjaya mengecapinya dengan izin Allah...Amin.
Read more!


Can You Have More Sales, Too?
Helping over 61,000 businesses like yours raise profits and build customer relationships using AWeber's opt-in email marketing software for over 10 years.
Take a Free Test Drive today!

X-Boy's member of

Blogging Nation

Aktiviti x-Boys17

XBoys FC
vs
LM FC
Ahad, 11 April 2010
Balapan & Padang, Berakas

Bolasepak DST GROUP
Liga Perdana Brunei 2009/2010
Team Pld Pts
QAF FC 18 47
MS ABDB 18 45
AM Gunners FC 18 42
Jerudong FC 18 29
Majra FC 18 27
Indera SC 18 20
AH United 18 18
Wijaya FC 18 14
Brunei Shell FT 17 8
NBT FC 17
Keputusan Perlawanan
Liga Perdana I
28 Feb 2010
MS ABDB 3-1 QAF FC

28 Feb 2010
AH United 0-6 AM Gunners FC

28 Feb 2010
Brunei Shell FT 2-1 Majra FC

Piala FA DST Group Brunei
1 Mac 2010
Rimba Star FC 2-3 Viva Ranger

2 Mac 2010
Peninjau FC 1-3 Sabli's FC

5 Mac 2010
Viva Ranger lwn Sabli's FC
8.15 mlm,Pdg JBS
Photobucket Powered by BannerFans.com

Free Hit Counters

Feel free to link us. Copy the HTML code below & paste it in your blog:

Interesting Link's

Iklan-iklan

Archives