DPMM FC 1 - 0 Young Lions FC  

Posted by xboys17 in , , ,

more photo here Read more!

Brunei DPMM FC Vs Young Lions FC  

Posted by xboys17 in , , , , ,

Salam boys...sori lama nada update blog. The most happening weekend ani rasanya iatah ni, perlawanan bolasepak Liga-S antara Brunei DPMM FC dengan Young Lions FC di Stadium Negara.


Dalam perlawanan pembukaan Liga pusingan pertama, kunjungan Brunei DPMM FC ke Jalan Besar menentang Young Lions FC berkesudahan satu sama. Kali ini Stadium Negara bakal membuktikan kubu pertahanan DPMM FC untuk mengekalkan corak kemenangan 5 kali bermain di tempat sendiri. Dari 11 perlawanan pusingan pertama, DPMM FC kecundang sekali kalah 0-2 di gelanggang lawan menentang Home United. Manakala merekodkan sekali kejayaan di gelanggang lawan dan menang sekali sebelum menutup tirai pusingan pertama dengan 22 mata dari 11 perlawanan.

"Diharap peminat bolasepak tanahair akan sama-sama membanjiri Stadium Negara bagi sokongan padu"

Sementara itu dalam undian persaingan Piala Liga Singapura meletakkan Brunei DPMM FC dalam kumpulan A bersama-sama dengan SAF FC dan Albirex Niigata FC. Kumpulan B pula Tampines Rovers FC, Geylang United dan Young Lions FC. Sementara itu Super Reds FC, Gombak United FC dan Balestier Khalsa FC dalam kumpulan C meninggalkan Home United, Sengkang Punggol FC dan Woodlands Wellington FC di dalam kumpulan D.
Read more!

Home United 2-0 Brunei DPMM FC...  

Posted by xboys17 in , , , , , , ,

Mengakhiri pusingan pertama Liga-S mungkin satu perkara yang tidak dapat di lupakan peminat bolasepak tanah air apabila kunjungan Brunei DPMM FC ke Stadium Clementi, Singapura menentang Home United pulang dengan kekalahan pertama setelah 11 perlawanan.

Mungkin ketiadaan lima pemain utama Brunei DPMM FC kerana digantung permainan hasil koleksi kad kuning dan merah menjadi sebab utama kegagalan mereka untuk kekal sebagai pasukan beraksi tanpa kalah. Dua gol pasukan tuan rumah dijaringkan pada babak kedua dalam masa tiga minit, iaitu Norikazu Murakami pada minit ke-60 dan Kengne Ludovick tiga minit kemudian.

Hasil perlawanan semalam, Brunei DPPM FC kini turun di tangga ke tiga dengan 22 mata. Seterusnya, Brunei DPMM FC akan menanti kunjungan Young Lions FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Brunei Darussalam pada 16 Mei. Diharap, penyokong akan terus membanjiri venue perlawanan bagi sedikit sebanyak menyuntik kembali semangat pemain.
Read more!

Brunei DPMM FC mara ke suku akhir Piala RHB....  

Posted by xboys17 in , , , , , ,

Setelah merekodkan aksi tanpa kalah di persaingan Liga-S dari perlawanan sabtu lalu menundukkan SAF FC 2-1 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, Brunei Darussalam, Brunei DPMM FC kini layak ke peringkat suku akhir Piala RHB Singapura. Mengintai kejayaan ini sejak menyertainya pada tahun 2005, akhirnya harapan Brunei DPMM FC tercapai juga dibawah bimbingan Vjeran Simunic yang berasal dari Croatia. Pada pusingan kalah mati, Brunei DPMM FC berdepan dengan kelab dari Liga Super Indonesia, Pelita Jaya FC. Meskipun dibarisi 5 pemain kebangsaan negara itu disamping barisan pemain yang secara sepenuh masa bermain bolasepak, mereka terpaksa akur dengan semangat tinggi Brunei DPMM FC apabila tersingkir dengan kekalah 0-1. Antara yang paling menarik ialah skuad Pelita Jaya FC dibawah bimbingan pemain lagenda Singapura, Fandi Ahmad dan itu merupakan penglibatan pertama mereka di Piala RHB.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain import kelahiran Algeria, Abdel Hamid Berguiga pada minit ke 75 perlawanan. Walaupun perlawanan sepenuhnya dikuasai oleh Pelita Jaya FC, namun Brunei DPMM FC mempunyai banyak peluang baik untuk menambahkan jaringan, mahupun membuka tirai gol pada babak pertama dan diseparuh masa kedua. Walauapapun, satu gol itu amat berharga buat Brunei DPMM FC sekaligus menyingkirkan satu daripada 15 pasukan lain yang turut beraksi.

more photo here.... Read more!


Can You Have More Sales, Too?
Helping over 61,000 businesses like yours raise profits and build customer relationships using AWeber's opt-in email marketing software for over 10 years.
Take a Free Test Drive today!

X-Boy's member of

Blogging Nation

Aktiviti x-Boys17

XBoys FC
vs
LM FC
Ahad, 11 April 2010
Balapan & Padang, Berakas

Bolasepak DST GROUP
Liga Perdana Brunei 2009/2010
Team Pld Pts
QAF FC 18 47
MS ABDB 18 45
AM Gunners FC 18 42
Jerudong FC 18 29
Majra FC 18 27
Indera SC 18 20
AH United 18 18
Wijaya FC 18 14
Brunei Shell FT 17 8
NBT FC 17
Keputusan Perlawanan
Liga Perdana I
28 Feb 2010
MS ABDB 3-1 QAF FC

28 Feb 2010
AH United 0-6 AM Gunners FC

28 Feb 2010
Brunei Shell FT 2-1 Majra FC

Piala FA DST Group Brunei
1 Mac 2010
Rimba Star FC 2-3 Viva Ranger

2 Mac 2010
Peninjau FC 1-3 Sabli's FC

5 Mac 2010
Viva Ranger lwn Sabli's FC
8.15 mlm,Pdg JBS
Photobucket Powered by BannerFans.com

Free Hit Counters

Feel free to link us. Copy the HTML code below & paste it in your blog:

Interesting Link's

Iklan-iklan

Archives