Cabaran Band TLDB  

Posted by xboys17 in

Assalamualaikum kepada semua warga xboys, terlebih dahulu diucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan dan Mauludir Rasul. Post kali ani adalah bagi memaklumkan perlawanan bolasepak seterusnya. Insyallah perlawanan akan berlangsung tanpa ada halangan pada hari Sabtu, 6hb Mac 2010.

Perlawanan kali ini ialah menentang pasukan Pencaragam(Band) Tentera Laut Diraja Brunei dimana perlawanan akan berlangsung dipadang bola Tentera Laut Diraja Brunei (baru kali ah). Sepak mula dijadualkan bermula jam 8.15 malam. Diharap warga xboys dapat menghadirkan diri...inda kira pemainkah, jurugambarkah, penyokongkah, junior/seniorkah, bakal penaja kah(ani yang dicari ni) asalkan kerabat xboys. Bagi pemain diharap dapat hadir lebih awal bagi sesi pemanas badan. Pemain juga diharap dapat menyediakan $1 bagi pembayaran pengadil perlawanan yang dipilih.

Semoga pasukan Xboys FC akan terus berkekalan.

p/s: sebelum ini ada proposal untuk menyertai Piala FA DST Group Brunei, dimana pendaftaran adalah $150 tetapi tidak kesampaian kerana syarat barisan pemain mestilah bukan berkhidmat dengan ABDB. Untuk masa yang akan datang, jika ada warga xboys yang telahpun bersara mungkin akan dapat bersatu bagi kejohanan tahun hadapan. :)
Read more!

xboys FC 3-2 Crewman Tentera Udara Diraja Brunei  

Posted by xboys17 in ,

MEMBUKA tirai perlawanan bolasepak bagi tahun 2010-nya, xboys FC tampil dengan persembahan yang cukup baik apabila mempamerkan aksi lebih mantap. Menurunkan 9 pemain pada beberapa minit awal perlawanan di langsungkan (kes pemain terkandas dengan road-traffic kali, sebab atu akhir datang), xboys FC tetap mampu mempersembahkan corak permainan yang lebih unik…kira unik lah tu ah, pihak lawan heran xboys FC hampir menguasai sepenuhnya gelanggang.

Dahaga kan beraksi di padang, xboys FC berjaya mendahului perlawanan menerusi rembatan cantik Syahman Gapor pada minit ke 10. Walaubagaimanapun pihak lawan, TUDB Crewman berjaya mengimbangi kegembiraan dengan gol penyamaan beberapa minit kemudian. Sekali lagi pada minit ke 25, xboys FC kembali mengemudi permainan untuk kedudukan 2-1 hasil sentuhan bergaya Bahrin-xboys15 sebelum bola menerjah gawang Crewman TUDB.

Pada babak kedua perlawanan menampilkan penguasaan permainan lebih baik xboys FC dengan beberapa pemain gantian yang tidak kurang juga berbisa, walaubagaimanapun Crewman TUDB berjaya menyamakan kedudukan kepada 2-2. Kehausan xboys FC untuk beraksi di lapangan bolasepak akhirnya lebih manis apabila salah seorang lagi pemain muda xboys, Jaiho menjaringkan gol kemenangan dua minit babak kedua. Dari 3 gol yang dicetak, xboys FC juga mencatatkan beberapa percubaan dan gerakan mencemaskan termasuklah sejumlah pergelutan dalam petak penalti dan dihadapan gawang lawan, namun gagal merebut peluang untuk menambahkan lagi jumlah jaringan. Perlawanan berkesudahan xboys FC 3, Crewman TUDB 2. Perlawanan ini juga merupakan kemenangan yang ketiga buat xboys FC menentang Crewman TUDB..(requested re-match).

Tahniah kepada xboys yang hadir dan perlawanan seterusnya ialah pada bulan mac, insyallah tertakluk kepada keadaan kerana padang perlawanan payah belurih…

Note: Gambar-gambar perlawanan boleh di lihat melalui FB jurugambar professional xboys FC...all photo credited to ndai - xboys20, bobbeh, cheeko and the gang.

p/s: xboys FC jua inda galatz kalau ada pasukan-pasukan yang beliur kan mencabar :) …sediakan saja padang!!
Read more!


Can You Have More Sales, Too?
Helping over 61,000 businesses like yours raise profits and build customer relationships using AWeber's opt-in email marketing software for over 10 years.
Take a Free Test Drive today!

X-Boy's member of

Blogging Nation

Aktiviti x-Boys17

XBoys FC
vs
LM FC
Ahad, 11 April 2010
Balapan & Padang, Berakas

Bolasepak DST GROUP
Liga Perdana Brunei 2009/2010
Team Pld Pts
QAF FC 18 47
MS ABDB 18 45
AM Gunners FC 18 42
Jerudong FC 18 29
Majra FC 18 27
Indera SC 18 20
AH United 18 18
Wijaya FC 18 14
Brunei Shell FT 17 8
NBT FC 17
Keputusan Perlawanan
Liga Perdana I
28 Feb 2010
MS ABDB 3-1 QAF FC

28 Feb 2010
AH United 0-6 AM Gunners FC

28 Feb 2010
Brunei Shell FT 2-1 Majra FC

Piala FA DST Group Brunei
1 Mac 2010
Rimba Star FC 2-3 Viva Ranger

2 Mac 2010
Peninjau FC 1-3 Sabli's FC

5 Mac 2010
Viva Ranger lwn Sabli's FC
8.15 mlm,Pdg JBS
Photobucket Powered by BannerFans.com

Free Hit Counters

Feel free to link us. Copy the HTML code below & paste it in your blog:

Interesting Link's

Iklan-iklan

Archives