Sesi Ziarah Kubur dan Bertahlil serta Doa  

Posted by xboys17 in

Alhamdullilah, kitani masih lagi berada di bulan Ramadan hingga hari ani, dan mudah-mudahan semangat ramadan semakin meningkat memasuki 10 hari terakhir. Sebagai penambah amalan dan bersedekah, seramai 10 (+ 2-ada yang bawa waris, or + 3 kali ada yang tidur di kerita beambak enjinnya :-) ) wakil x-boys 17 berjaya hadir ke tanah perkuburan Jerudong. Ani adalah salah satu amalan kitani sejak dulu lagi dan insyallah akan berkekalan sampai bila-bila bagi menziarahi salah seorang warga intake 17 yang telah lebih awal menghadap ilahi. Alhamdulilah jua, walaupun aku kelambatan sedikit, dapat jua masbuk sedikit sesi tahlil yang di kepalai oleh c-Sam. Antara

yang hadir ialah Kayong, Sam, Sin-Seksyen 1, Khomini & Juzri Seksyen 2, Hj Mahdini, Hamd, Bos, Bundi, Badut-Seksyen 3. Kalau-kalau ada yang tertinggal namanya, tagur saja. Insyallah bagi yang nada ruang menghadirkan diri kelmarin 12 Sept 2009, ari ani adalah second batch tu bertahlil, barangkali jam 9 pagi. Sebelum balik atu kelmarin ada jua sedikit muzakarah dan planning kan sungkai se-intake sebelum akhir ramadan, so kalau ada yang dah confirm bila, dimana akan dimaklumkan kemudian, insyallah.
Read more!

Doa Pagi.....Insyallah baik untuk diamalkan  

Posted by xboys17 in

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
Aminn..
Read more!

Tanah Perkuburan  

Posted by xboys17 in

Adab-adab Ketika berada di Perkuburan Islam
i. Nabi ketika melakukan ziarah kubur baginda memulakan dengan ucapan salam kepada isi kubur dan mendoakan kesejahteraan terhadap mereka sebagaimana sabda baginda:

"Dari Sulaiman bin Buraidah, dari ayahnya r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengajar mereka jika mereka datang ke tanah perkuburan, supaya mengucapkan (yang ertinya) : Salam sejahtera semoga dilimpahkan kepada sekalian ahli kubur yang beriman dan Islam, dan kami Insya Allah pasti menurutmu pula, kami mohon ampun bagi kami dan bagimu sekalian."

Firman Allah dalam surah al-Baqarah :155-156
"Orang-orang yang apabila mendapat musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kita akan kembali. Orang-orang yang demikian itulah yang memperoleh rahmat dari Tuhannya. Dan merekalah yang memperoleh petunjuk."

ii. Membaca Yaasin kepada orang yang mati di kalangan kamu.

Khusus pada bulan ramadhan antaranya ialah amalan ditingkatkan hingga 700 kali ganda dan ahli kubur ditahan daripada menerima seksaan dan inilah saat yang di nanti oleh ahli kubur yang sudah tidak dapat membuat apa jua kebajikan.

iii. Berzikir dengan bertahlil, bertahmid dan istikfar memohon keampuanan terhadap dosa-dosa ahli kubur.

iv. Doa.

v. Bersedekah kepada fakir miskin.

vi. Membersihkan kawasan perkuburan.

vii. Bersangka baik terhadap si mati.
Read more!

Sambutan Nuzul Al-quran Peringkat Negara 2009  

Posted by xboys17 in

Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam - More Photo

Lebih 1300 tahun yang lalu merupakan satu peristiwa bersejarah bagi umat sejagat khususnya kepada umat Islam apabila penurunan ayat Al-Quran pertama di sampaikan kepada Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Peristiwa bersejarah ini berlaku pada malam Juma'at 17 Ramadan pada usia Nabi Muhammad S.A.W mencecah 41 tahun.

‘Nuzul’ itu sendiri bermaksud turun atau perpindahan dari atas ke bawah. Seperti nabi-nabi terdahulu yang di anugerahkan mukjizat tersendiri, Al-Quran adalah mukjizat terbesar Junjungan Nabi S.A.W.

'Al-Quran' pula bermakna bacaan atau himpunan. Himpunan ayat-ayat Allah mengandungi pelbagai perkara yang sangat meluas meliputi perihal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.

Allah Maha Besar
Read more!


Can You Have More Sales, Too?
Helping over 61,000 businesses like yours raise profits and build customer relationships using AWeber's opt-in email marketing software for over 10 years.
Take a Free Test Drive today!

X-Boy's member of

Blogging Nation

Aktiviti x-Boys17

XBoys FC
vs
LM FC
Ahad, 11 April 2010
Balapan & Padang, Berakas

Bolasepak DST GROUP
Liga Perdana Brunei 2009/2010
Team Pld Pts
QAF FC 18 47
MS ABDB 18 45
AM Gunners FC 18 42
Jerudong FC 18 29
Majra FC 18 27
Indera SC 18 20
AH United 18 18
Wijaya FC 18 14
Brunei Shell FT 17 8
NBT FC 17
Keputusan Perlawanan
Liga Perdana I
28 Feb 2010
MS ABDB 3-1 QAF FC

28 Feb 2010
AH United 0-6 AM Gunners FC

28 Feb 2010
Brunei Shell FT 2-1 Majra FC

Piala FA DST Group Brunei
1 Mac 2010
Rimba Star FC 2-3 Viva Ranger

2 Mac 2010
Peninjau FC 1-3 Sabli's FC

5 Mac 2010
Viva Ranger lwn Sabli's FC
8.15 mlm,Pdg JBS
Photobucket Powered by BannerFans.com

Free Hit Counters

Feel free to link us. Copy the HTML code below & paste it in your blog:

Interesting Link's

Iklan-iklan

Archives