X-Boy's' 2 - 3 Teknisyen TUDB  

Posted by xboys17

Turun padang dengan semangat dan azam yang tinggi untuk mengekalkan peningkatan prestasi kancah bolasepaknya, Xboy's' terpaksa akur apabila di kecewakan 3-2 oleh pasukan Teknisyen TUDB.

Babak pertama perlawanan, xboys ketinggalan 3-1. Berbekalkan semangat yang tinggi untuk terus bertahan, di separuh masa kedua, xboys berjaya meningkatkan kekebalan kubu pertahanan daripada dibolosi menyebabkan kesukaran pihak lawan untuk menambahkan sebarang jaringan hingga ke wisel penamat. Xboys hanya menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti. Pada keseluruhannya, babak kedua perlawanan di kuasai penuh oleh xboys dengan barisan serangan dan pemain tengah melancarkan beberapa percubaan merbahaya, namun gagal menjaringkan sebarang gol.

Barisan pemain terdiri daripada wakil intake 15, 17, 18, 20, 22 & 24 (hopefully nada yang miss disini, nanti lagi berkenalan). Mewakili Intake 17 sin dan sam<---defender harapan ni dari dulu.

For the next game ialah pada 12 April bertempat di Kemudahan Kompleks Sukan Sekolah Yayasan jam 8 malam lawan pelapis pasukan PESAKA. Diharap yang lain dapat hadir bagi sama-sama memeriahkan perlawanan persahabatan. Gambar boleh liat di blog 15, 20 & 24. (sori inda ku tegambar lagi skot)
Read more!

The Top Sites in Brunei Darussalam  

Posted by xboys17

This summary is not available. Please click here to view the post. Read more!

DPMM FC kuasai puncak Liga-S..  

Posted by xboys17 in ,

Jaringan Mohammad Sharazen jersi 22 pada minit ke 61 berjaya meletakkan pasukan DPMM FC di tangga teratas carta Liga-S untuk kali yang pertama. Sekurang-kurangnya, DPMM FC kini menguasai carta teratas untuk tempoh 48 jam sebelum Gombak United FC dan SAF FC meneruskan aksinya esok 26 Mac di Singapura.

Selepas perlawanan semalam yang berkeputusan DPMM FC 1 , Sengkang Punggol FC 0, DPMM FC menggumpul 14 mata dari 6 perlawanan. Manakala Gombak Utd FC dan SAF FC pula masing-masing di tempat kedua (12 mata) dan ketiga dengan 13 mata. Perlawanan DPMM FC seterusnya ialah pada 3 Apr menentang Tampines Rovers FC, di Singapura.

"penyokong adalah wira saya pada perlawanan semalam, terima kasih kerana hadir untuk memberikan sokongan padu," Pengurus DPMM FC, Vjeran Simunic.
Read more!

DPMM FC Vs Sengkang Punggol FC  

Posted by xboys17 in , , ,

Berbekalkan semangat tiga kemenangan dan dua keputusan seri dari lima perlawanan di persaingan Liga-S, DPMM FC akan meneruskan aksinya malam ini di tempat sendiri.


Pasukan pelawat itu ialah Sengkang Punggol FC yang buat julung kalinya berkunjung ke Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, pada perlawanan malam ini. Meskipun menduduki tangga ke 11 di carta liga, Punggol FC mungkin tampil dengan corak permainan yang di luar jangkaan malam ini.

Jika di lihat dari sejarah penglibatannya di Liga-S, sejak tahun 2006, juga di kenali dengan nama jolokan "The Dolphins" sekadar menamatkan persaingan liga di tempat ke sebelas hingga tahun lepas. Pada tahun lepas, skuad bimbingan 'Jorg Steinebrunner' mencatatkan satu kemenangan di tempat sendiri dan memunggut dua mata penuh beraksi di gelanggang lawan sebelum menamatkan kejohanan dengan 19 mata.

Antara key players Sengkang Punggol FC ialah Murohy Wiredu, Diallo Abdullah, Noh Rahman, Aide Iskandar dan Hiroyuki Yamamoto. Walauapapun di harap pasukan DPMM FC akan dapat mengekalkan rentak beraksi tanpa kalahnya malam ini.
Read more!

Balestier Khalsa FC 0-1 DPMM FC  

Posted by xboys17

Satu lagi kejayaan buat DPMM FC semalam. Setelah berjaya menjinakkan pasukan tuan rumah, Balestier Khalsa FC, Oh Ddog Yi menjaringkan gol kemenangan berharga pada minit ke 35. Dalam perlawanan berasingan, Gombak United FC turut melakar kemenangan tipis 1-0 keatas Young Lions FC, sekaligus merebut tangga teratas liga dengan 13 mata. SAFFC kini turun satu anak tangga dengan 12 mata dan DPMM FC kekal di tangga ketiga dengan 11 mata.

Sementara itu perlawanan seterusnya bagi DPMM FC ialah pada 24 Mac di Stadium Negara Hassanal Bolkiah menentang Sengkang Punggol FC. Dari lima perlawanan, DPMM FC mencatatkan 3 kemenangan dan dua kali seri. Diharap DPMM FC akan dapat mengekalkan rentak terbaiknya untuk kekal beraksi tanpa kalah.
Read more!

He woke up and did this..  

Posted by xboys17 in

Read more!

Geylang United FC 0 - 0 DPMM FC  

Posted by xboys17 in , , ,

Meneruskan aksi perlawanan seterusnya dalam cabaran Liga-S, kunjungan DPMM FC ke Stadium Bedok, Singapura menentang Geylang United FC nyata tidak akan pulang dengan tangan kosong. Berazam untuk mengekalkan rekod bermain tanpa kalah, DPMM FC berjaya membawa pulang satu mata berharga setelah mengikat pasukan tuan rumah kosong sama.

Kunjungan skuad bimbingan Vjeran Simunic merupakan perlawanan ke-empat musim ini dan adalah yang kedua beraksi di gelanggang lawan. Perlawanan seterusnya ialah menentang Balestier Khalsa FC pada 19 Mac di Stadium Toa Payoh, Singapura. Dari satu perlawanan berlangsung hari ini, tiga tangga teratas carta Liga-S tidak berubah, dimana DPMM FC kekal ditangga ke tiga dengan menggumpul 8 mata.
Read more!

DPMM FC 2 - 1 Woodlands Wellington FC  

Posted by xboys17

Jaringan pembuka tirai Ismadi Mukhtar untuk Woodlands Wellington FC

Gol kemenangan DPMM FC

DPMM FC berjaya mengekalkan prestasi bermain tanpa kalah dari tiga perlawanan setakat ini. Woodlands Wellington FC lebih awal berada di depan apabila Ismadi Mukhtar berjaya mengelirukan penjaga gol DPMM FC, Wardun Yussof seawal minit ke 3.

Mendominasi permainan dengan lebih baik, Sairol Sahari kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke lapan. Kedudukan kekal hingga babak pertama direhatkan.

Di separuh masa kedua perlawanan, DPMM FC lebih awal rancak mengatur serangan berbanding pasukan pelawat, sekaligus berpeluang menggandakan jaringan apabila dihadiahkan sepakan penalti. Namun Rosmin Kamis gagal menewaskan penjaga gol pelawat. Corak permainan pasukan tuan rumah sedikit goyah buat seketika apabila menerima beberapa serangan merbahaya.

Lima minit sebelum masa sebenar perlawanan berakhir, pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti. Ivan Jerkovic yang di beri kepercayaan untuk melakukan sepakan mudah meletakkan bola kedalam gawang lawan. Perlawanan berkesudahan DPMM FC 2, Woodlands Wellington FC 1.

Dari perlawanan semalam DPMM FC naik ke tangga ketiga dengan 7 mata, manakala Woodlands kekal di tangga ke sembilan. Perlawanan seterusnya ialah menentang Geylang United di Singapura pada 12 Mac.
Read more!

Brunei DPMM FC 2-1 Super Reds FC  

Posted by xboys17 in , , , , , ,

Beberapa minit sebelum Abu Bakar Mahari menjaringkan gol kemenagan

Dua jaringan di separuh masa kedua memberikan kemenagan mutlak buat pasukan DPMM FC beraksi di bumi sendiri. Ketinggalan 0-1 apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke 11, mudah disempurnakan Jeon Byung Euk. Pasukan pelawat, Super Reds FC kekal mendahului pasukan tuan rumah hingga masuk ke bilik persalinan.

Bersambung di babak kedua, DPMM FC tidak banyak merubah corak permainan dengan melakukan beberapa percubaan merbahaya. Percaturan skuad bimbingan Vjeran Simunic nyata membuahkan hasil pada minit ke 61 apabila Yusof Salleh menyamakan kedudukan menerusi sepakan bebas, sekaligus menggegar stadium negara. Pemain lincah Abu Bakar Mahari yang kerap kali memenjadi pemusnah pertahanan lawan akhirnya berjaya merobek gawang Reds FC pada minit ke 84 apabila menyepak baik bola muntahan yang gagal dikawal kemas oleh penjaga gol lawan hasil percubaan Oh Ddog Yi.

Antara komen Ketua Jurulatih DPMM FC, Vjeran Simunic (gambar atas) ketika di temubual - "saya mahukan stadium dipenuhi dengan penyokong" - "saya bangga mempunyai pemain tempatan yang berkualiti."

Gol kemenangan itu memberikan mata penuh pertama DPMM FC di persaingan Liga-S dari dua perlawanan. DPMM FC kini menghuni tangga keempat dengan empat mata. Dalam perlawanan lain, pendahulu liga, SAFFC menang selesas keatas Home United 3-1 di Stadium Choa Chu Kang, Singapura.

Perlawanan seterusnya, DPMM FC akan menanti kunjungan Woodlands Wellington yang menduduki tangga ke sembilan pada hari ahad, 8 March di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Read more!

Hujan lebat tidak halang perlawanan bolasepak  

Posted by xboys17 in , , , , ,



Salam buat semua, untuk makluman awal, perlawanan bolasepak persahabatan seterusnya ialah pada hari Rabu, 11 March 2009, Jam 8 malam (kick off sudah ni). Perlawanan akan diadakan di Kemudahan Kompleks Sukan Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (jgn lupa collection $5 max seorang, kalau ramai kurang sikit).

Bagi sesiapa yang kurang arif dimana arahnya, bangunan, Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan adalah land mark paling hampir di Jalan Kebangsaan Lama.

Dari perlawanan pada hari Isnin 2 March 2009, Xboys 1 - 1 Red Knights FC. Wakil Intake 17 yang turun padang Sam, Sin & Ham (penonton hehe). Scorer xboys Ak Amir (intake 15) dan pihak lawan kurang pasti siapa namanya. Sori gambar semasa xboys beraksi nada pasal main full time (kalau ada sub bisai plang tu hehe). Yang ada ganya liat di sini link xboys 15 & xboys 20.

Video ani taken by Iskandar "ndai" xboys20...more photos di xboys20.
Read more!


Can You Have More Sales, Too?
Helping over 61,000 businesses like yours raise profits and build customer relationships using AWeber's opt-in email marketing software for over 10 years.
Take a Free Test Drive today!

X-Boy's member of

Blogging Nation

Aktiviti x-Boys17

XBoys FC
vs
LM FC
Ahad, 11 April 2010
Balapan & Padang, Berakas

Bolasepak DST GROUP
Liga Perdana Brunei 2009/2010
Team Pld Pts
QAF FC 18 47
MS ABDB 18 45
AM Gunners FC 18 42
Jerudong FC 18 29
Majra FC 18 27
Indera SC 18 20
AH United 18 18
Wijaya FC 18 14
Brunei Shell FT 17 8
NBT FC 17
Keputusan Perlawanan
Liga Perdana I
28 Feb 2010
MS ABDB 3-1 QAF FC

28 Feb 2010
AH United 0-6 AM Gunners FC

28 Feb 2010
Brunei Shell FT 2-1 Majra FC

Piala FA DST Group Brunei
1 Mac 2010
Rimba Star FC 2-3 Viva Ranger

2 Mac 2010
Peninjau FC 1-3 Sabli's FC

5 Mac 2010
Viva Ranger lwn Sabli's FC
8.15 mlm,Pdg JBS
Photobucket Powered by BannerFans.com

Free Hit Counters

Feel free to link us. Copy the HTML code below & paste it in your blog:

Interesting Link's

Iklan-iklan

Archives